(VIDEO) Izreen Azminda Sebak Bersanding Dengan Ude Wahid

Pasangan ini boleh dikatakan paling mencuri perhatian pada tahun ini. Pasangan ini adalah tak lain tak bukan, pelakon Izreen Azminda dan juga pemuzik Gegar Vaganza iaitu Ude Wahid. Mereka berdua ini sering menjadi topik bualan hangat oleh para netizen.

Perkahwinan mereka berdua secara rahsia terutama penceraian dengan isteri pertama, ianya ternyata membuatkan ramai peminat dan juga netizen berasa kurang senang terhadapnya. Rata-ratanya menganggap pelakon itu merampas kebahagian orang lain dan berasa kasihan dengan bekas isteri Ude Wahid iaitu Intan Liana.

Pelbagai kontroversi timbul sehingga Izreen Azminda terpaksa menutup ruangan komen di laman IG miliknya.

Selepas agak sepi sekian lama dari kontroversi, pasangan ini tiba-tiba mengadakan satu majlis persandingan di sebuah villa mewah di Melaka. Pasangan ini telah naik pelamin di Villa D’Acqua Homestay yang terletak di Masjid Tanah, Melaka.

Menerusi satu video, Izreen Azminda telah membuat satu ucapan sempena majlis berkenaan bersama suaminya di sisi. Video yang berdurasi lebih 1 minit menyaksikan Izreen Azminda memberi ucapan penghargaan buat mereka yang menaja majlis ini. Izreen Azminda dilihat amat sayu dan sebak kerana sebelum ini tidak pernah ada majlis sanding mereka. Dia turut berterima kasih kerana merealisasikan impiannya untuk bersanding bersama Ude Wahid.

Ini videonya:

Izreen Azminda sayu.. menangis

Ucapan sebak oleh Izreen Azminda FB: Villa D'Acqua Homestay Masjid Tanah

Posted by Rozita Che Wan & Zain Saidin on Tuesday, 2 October 2018

Aappun semoga pasangan ini terus bahagia di samping insan tercinta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here