PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi hari ini telah memulakan tugas secara rasmi di Perdana Putra.
Setibanya beliau di perkarangan Kompleks Perdana Putra, beliau seterusnya mengimbas kad perakam waktu dan menandatangani buku selamat datang.
TPM, Ahmad Zahid Hamidi diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pada jumaat lepas.
Hari ini juga Ahmad Zahid dijadualkan menghadiri jemaah khas jemaah menteri yang pertama di mana akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim.