Home Berita Semasa Harimau Tiba-Tiba Masuk Rumah..Warga Emas Strok Cedera Dicakar

Harimau Tiba-Tiba Masuk Rumah..Warga Emas Strok Cedera Dicakar

Kuala Lipis: Seorang warga emas Siti Hapesah Ishak, 73 tahun dikejutkan dengan kehadiran seekor harimau akar yang tiba tiba masuk ke dalam rumah adiknya, Faridah Ishak, 58 tahun. Kejadian dikatakan berlaku di Kampung Sentang, Pagar Sasak semalam. Siti Hapesah tinggal bersama berjiran dengan adiknya memaklumkan, adiknya Faridah yang sakit stroke tidak mampu berjalan tinggal bersama suami Tahir Al Tipag, 58 tahun.

Ketika kejadian, suami Faridah menghalau harimau tersebut dan kemudiannya harimau itu melompat ke atas katil dan mencakar kening isterinya yang menyebabkannya mengalami luka yang kecil. Walaubagaimanapun, harimau tersebut melompat keluar ikut tingkap yang terbuka sebelum ianya menyorok di bawah rumah.

“Mulanya saya sangka kucing besar atau haiwan lain, tetapi apabila jiran dan saudara datang menyuluh di bawah rumah, kami semua terkejut melihat harimau akar yang bersaiz agak besar ada di situ.
“Sebelum harimau akar itu menceroboh masuk ke dalam rumah, haiwan liar terbabit dipercayai ingin memburu makanan dan sempat membunuh seekor kucing di halaman rumah.
“Mungkin masa hendak makan kucing tersebut, harimau akar itu terkejut dengan bunyi motor yang lalu lalang di jalan raya berhampiran lalu berlari masuk ke dalam rumah,” jelasnya.
Pihak polis dan bomba yang berada dilokasi kemudiannya menghubungi jabatan perhilitan untuk tindakan susulan.
Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here