Dua tiga hari ini, kecoh dengan aplikasi filter terbaru yang memuatnaik gambar PS5 (Playstation 5) di laman sosial. Dengan demam Ps5 yang kian melanda, ramai yang mencuba aplikasi terbaru ini di mana dengan hanya menggunakan filter saja, dalam gambar tersebut akan kelihatan PS5 realistik seperti baru membeli dikedai.
Kemunculan aplikasi filter ini juga membuatkan ramai yang terpedaya. Namun lebih menarik lagi, aplikasi yang sekadar gurauan ini hampir menjadikan seorang pengguna twitter Farah Faidah terpaksa membeli PS5 apabila gambar yang dikongsi oleh beliaumendapat perhatian daripada ibu mentuanya yang turut terpedaya dengan gambar perkongsian tersebut.
Ya Allah my MIL just commented “isteri contoh menggembirakan hati suami ??????” on my PS5 instastory now I have to buy a PS5 for real ??
— Farah Faidah (@farahfaidah_) November 3, 2020
Paling menggelikan hati, apabila ibu mentua beliau turut memuji beliau dengan caption ‘isteri contoh yang menggembirakan hati suami’.
Namun, nasib beliau agak baik di situ apabila mak mentua sempat perasan gambar tersebut hanya lah aplikasi gurauan dengan pertolongan adik ipar beliau.
My adik ipar who helped explain to my MIL ?? thanks @muzammiljohari menyelamatkan keadaan yg sgt genting. Hahah https://t.co/J3Yenjsd8V
— Farah Faidah (@farahfaidah_) November 4, 2020
Beruntung suami dia dapat isteri yang sporting bersama mak mentua yang boleh bergurau.
Alhamdulillah, thank you in advance sayang. Jangan kecewakan mak okay ? https://t.co/FkwbAhz95q
— am je (@muazzamjohari) November 3, 2020