“Penat Sebenarnya Nak Menjawab Bukan Saya Yang Menikah Tapi Erra Fazira Lain – ERRA FAZIRA

Hari ini, kecoh di sosial media apabila satu muatnaik posting dari menteri kita mengucapkan ucapan tahniah buat insan yang bernama Erra Fazira. Posting tersebut mula menjadi perbualan rancak dikalangan warganet apabila nama Erra Fazira yang dipetik rupanya bukanlah pelakon Erra Fazira Sembilu.

Dipetik dari perbualan astro awani, Erra Fazira mengakui tidak menang tangan melayan panggilan dan mesej di telefon selepas menteri agama memaklumkan seorang wanita yang sama nama dengannya berkahwin hari ini.

“Ya Allah saya sibuk melayan panggilan ramai.

“Penat sebenarnya nak menjawab bukan saya yang menikah tapi Erra Fazira lain. Lucu juga bila kenangkan semula,”

Erra berdepan dengan situasi tersebut selepas menteri agama Zulkifli Mohamad mengucapkan tahniah kepada Erra Fazira dan suami susulan perkahwinan di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pagi tadi.

“Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka.”

“Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu,”- Datuk Dr. Zulkifli

Walaupun tidak mengenali pasangan tersebut namun Erra Fazira tetap mendoakan kebahagiaan pasangan yang sama dengan beliau.

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here