Aliff Syukri Temukan DS Vida Dan Aishah, Mahu Selesaikan Kemelut

Kini rancangan Gegar Vaganza musim baru sedang bermula, dan penajanya ialah Datuk Seri Aliff Syukri dari syarikat kosmetik D’Herbs Terlajak Laris.

Diimbas kembali, pemenang Gegar Vaganza musim lepas iaitu Aishah telah bikin panas apabila membuat pendedahan mengejutkan apabila Aishah mendakwa bahawa hadiah seutas rantai bernilai RM80000 pemberian Datuk Seri Vida kepadanya adalah palsu.

DS Vida merupakan penaja utama rancangan Gegar Vaganza selama empat musim berturut-turut.

Terbaru, Datuk Seri Aliff Syukri sebagai merupakan penaja utama Gegar Vaganza musim ke-5 telah memaklumkan hasratnya untuk temukan penyanyi Aishah dan DS Vida untuk membantu menyelesaikan kemelut berhubung isu penajaan hadiah.

“Walaupun tidak terlibat dalam permasalahan ini, namun saya terpanggil untuk masuk campur dan menawarkan bantuan kerana kedua-duanya adalah kenalan baik saya dan mahu menjernihkan hubungan mereka.

“Saya sudah pun berbincang dengan Astro mengenai hal ini dan butir perbincangan akan dimaklumkan kepada umum usai pertemuan tersebut diadakan kelak”

Kata jutawan ini lagi, dia sekali lagi menegaskan tindakannya itu bukanlah untuk mencetuskan gimik atau untuk meraih perhatian mahu pun untuk melariskan produknya, tetapi niat beliau hanya mahu melihat mereka berdua berbaik dan menjernihkan semula hubungan.

“Saya tidak berniat menunjukkan diri ini seperti malaikat, cuma membantu sekadar yang termampu. Sebagai penaja utama program besar seperti ini, jika permasalahan ini tidak diselesaikan dengan baik, barang kali secara tidak langsung akan menjejaskan nama baik syarikat saya. Jadi, inilah peluang terbaik untuk dimanfaatkan bersama agar kekeruhan itu dapat dijernihkan kembali”

bagus juga niat Aliff Syukri ini. Semoga ianya berjaya dan paling penting dapat menjernihkan hubungan Aishah dan juga DS Vida. Semoga kemelut yang berlaku tidak berpanjangan. -Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here