“Tolong belajar untuk hormat perasaan orang!” – Siti Elizad kena tegur sampai menangis

Pelakon hebat Siti Elizad telah menangis kerana ada orang yang menegurnya ketika sedang ambil makanan.

Oleh kerana Siti Elizad mengambil makanan dalam kuantiti banyak, dia telah ditegur secara sinis walhal ia adalah untuk dikongsi bersama orang lain.

Pelakon cantik ini berkata, dia mata terasa hati dan kecil hati dengan kata-kata individu itu yang seolah-olah cuba menggambarkan dia bersikap mementingkan diri.

Kerana itu Siti Elizad terus meletakkan kembali makanan diambil dan berlalu pergi. Malah pelakon ini telah menangis di tandas mengenang teguran yang dilemparkan kepadanya itu.

Ini komen Siti Elizad:

“Ambil kuantiti banyak ni sebab niat nak kongsi berdua. Tiba-tiba ditegur ‘banyaknya ambil, cukup ke orang lain nak makan?’

“Langsung saya letak pinggan dan berlalu pergi. Cuma nak kongsi kalau korang nampak orang nak makan, janganlah ditegur sebegitu rupa. Hiba sangat hati ini.

“Lepas letak makanan, terus masuk tandas, ternangis… Mungkin terasa sangat hati ini,”

Kata Siti Elizad lagi, dia amat terkesan dengan kata-kata individu itu kerana sejak kecil dia tidak pernah diajar untuk berkira tentang soal makanan. Pelakon ini sentiasa percaya sekiranya seseorang itu berkongsi makanan dengan orang lain, Allah akan menambah rezeki dan nikmat seseorang itu.

“Isu makan rasanya semua orang pun akan teraa hati jika ditegur seperti itu. Tolong belajar untuk hormat perasaan orang, tambah-tambah soal makan.

“Rezeki Allah itukan luas. Saya diajar daripada kecil, bab makan jangan berkira langsung! Bila bagi orang makan, Allah tambahkan lagi nikmat,”

Sementara itu, Elizad berkata, kejadian itu menyedarkannya agar lebih berhati-hati pada masa depan terutama ketika makan.

“Kalau boleh tapau, lepas ni nak tapau… Kalau orang yang kenal saya ni, orang akan tahu saya ni jenis kuat makan, enjoy food!

“Makanlah apa pun, langsung tak berkira sebab percaya bagi orang makan, Allah tambahkan rezeki kita.

“Tapi hari ini terkesan sangat. Terima kasih untuk itu. Moga Allah gantikan kesedihan saya dengan sesuatu yang lebih baik,”

Sumber: IG Siti Elizad

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here