Fotoshoot Atas Kubur, Pemilik Butik Pengantin Mohon Maaf Lepas Kena Hentam

Tular sejak semalam di media sosial berikutan foto seorang wanita memakai baju pengantin telah memuat naik gambar di tanah perkuburan penganut agama Kristian. 

Aksi yang tidak sopan dan tak beradap itu telah menimbulkan kemarahan para netizen yang menyifatkan perbuatan itu tidak bermoral dan sengaja menimbulkan kemarahan masyarakat. 

Pemilik bukti pekaian pengantin itu telah menyahaktifkan akaun media sosialnya apabila tidak tahan dikecam teruk oleh orang ramai.

Pemilik butik pengantin yang dikenali sebagai Nur Amirah Mohd Amiruddin yang berusia 26 tahun itu telah tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.

Komen pemilik butik pengantin tentang foto viral di kawasan pekuburan agama Kristian lagi:

“Saya mengakui kesilapan itu daripada diri sendiri dan memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung,”

“Tujuan saya memuat naik gambar berkenaan di Facebook adalah untuk suka-suka dan tiada niat langsung mempermainkan mana-mana agama”. 

“Saya dapat tahu perkara ini tular pagi tadi dan menyah-aktifkan akaun Facebook buat sementara bagi meredakan keadaan”.

“Gambar berkenaan bukan diambil untuk tujuan pemasaran dan saya tidak akan menggunakan cara sebegini kerana tindakan itu ibarat membunuh diri sendiri”. 

“Apa pun, saya terima kritikan netizen dengan hati yang terbuka kerana mengakui kesilapan berpunca daripada dirinya sendiri dan tolong jangan salahkan model itu,”

Dia menjelaskan bahawa foto itu diambil di kawasan perkuburan Kristian di Batu Pahat, pada hari Ahad lepas bertujuan sebagai koleksi peribadi.

Jelasnya lagi dia yang juga memuat naik gambar itu di Facebook bukan sebab mencari publsiti murahan seperti yang didakwa.

Malah, wanita yang di dalam gambar tersebut bukannya pengantin seperti yang didakwa, tetapi hanya model pakaian sahaja.

Tujuan dia memilih lokasi pekuburan itu adalah semata-mata nak kan kelainan serta terpengaruh dengan inspirasi dari luar negara. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here