‘ Stairway To Heaven’ Awan Pelik Muncul Di Florida

Semua tahu bahawa setiap bentuk awan itu selalunya mempunyai rupa bentuk yang sangat unik. Malah ada juga yang menyerupai dengan pelbagai bentuk dan semestinya ia menarik perhatian kita.

Satu imej pembentukan awan yang dikatakan aneh d kaki langit Florida, Amerika Syarikat telah menimbul tanda tanya yang meragukan dikalangan  warga net.

Disebakan video awan pelik yang di laman Youtube baru-baru ini yang telah

Dikongsikan oleh seorang penyelidik UFO telah memaparkan imej awan seolah-olah seperti bentuk tangga lalu warga net telah menggelarnya ‘Stairway to heaven’.

Kejadian seumpama itu telah menjadi bualan hebat di alam maya hanya sejurus ia dimuat naik ke Youtube oleh ahli teori konspirasi Mavi 777 kurang dari tempoh 24 jam yang lepas.

Pada mulanya, warga net berangapan bahawa awan tersebut terbentuk disebabkan oleh jejak yang ditinggalkan pesawat yang berada di langit.

Antara komen yang diberikan oleh warga net berkenaan fenomena awan tersebut:

Mereka menulis: “Mungkin saya tidak melihatnya dengan betul tetapi saya tidak dapat mengetahui apa yang sedang berlaku di sana”.

“Pada mulanya saya fikir ia adalah jejak tinggalan pesawat, namun ia membingungkan saya,”

Namun, ada juga yang telah menyamakan imej awan pelik tersebut dengan Project Blue Beam, iaitu projek rahsia oleh pihak NASA.

Walaubagaimanapun, sebagai seorang umat islam khususnya kejadian awan aneh yang terbentuk adalah sebahagian kekuasaan Allah S.W.T yang ditunjukan pada umatnya.

Supaya kita sebagai umat islam menyanjungi kebesaran Yang Maha Esa dan tiada apa yang mustahil didalam dunia ini. Semoga fenomena awan aneh itu tidak mendatangkan apa-apa musibah.

Marilah kita sama-sama memuji kekuasaan dan kebesaran Allah S.W.T.  sesunguhnya kita hanya insan yang kerdil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here