‘Sayang Lepaklah Selama Yang Awak Mahu’

Seorang gadis yang dikenali sebagai Dania Elanor telah mengakui bahawa dia tidak kisah jika kekasihnya gemar keluar melepak bersama kawan.

Menurut gadis ini lagi dia amat memahami teman lelakinya dan tidak mahu menjadi awek yang terlalu mengongkong.

Ini status yang dimuat naik oleh gadis tersebut:

“Jadi kepada sayang saya, keluarlah lepak selama yang awak mahu. Awak masih muda dan saya tahu bagaimana pentingnya masa dengan kawan-kawan awak.

“Mereka banyak menyokong awak sebelum kehadiran saya. Jadi saya mahu awak nikmati masa bersama mereka, baby,”

“Bagi saya tak ada masalah teman lelaki atau suami nak keluar lepak. Asalkan mereka faham tanggungjawab dan keutamaan.

“Dah besar, masing-masing pandai. Tahu apa yang patut dan tak patut. Yang penting saya tahu dia keluar ke mana dan dengan siapa.

“Saya tak suka halang, saya tahu hidup dia bukan fokus saya sahaja. Kawan-kawan dia pun penting,” 

“Boleh je nak keluar. Tapi janganlah setiap malam. Bila saya post di Twitter, ramai yang komen.

“Ada yang kaitkan dengan isu keselamatan. Bahaya kalau suami tinggalkan isteri di rumah sendirian pada waktu malam.

“Tapi kalau suami nak lepak dan ada masa sendiri, apa kata bawa anak keluar sekali. Isteri pun nak ada masa untuk diri sendiri juga,”

“Bagi saya tak ada isu. Kalau teman lelaki nak pergi lepak, call saya dulu untuk luangkan sedikit masa. InsyaAllah dia akan berubah selepas kahwin kalau dia faham tanggungjawab,”

Hasil perkongsian Dania yang berumur 19 tahun itu disokong oleh ramai netizen khususnya lelaki dan ia menerima hampir 14,000 ulang kicau (Retweet).

Menurut dia lagi, ia hanyalah sekadar pandangan peribadi dan berharap agar awek lain juga memberi ruang kepada teman lelaki atau suami masing-masing untuk melepak.

Dia juga berkata bahawa pendiriannya tidak akan berubah walaupun nanti dia sudah berumah tangga.

Dalam pada masa yang sama dia juga berharap agar bakal suaminya akan faham tentang tanggungjawab serta risiko-risiko lain jika kerap keluar malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here