Janji Nak Bertanggungjawab Tapi Lesap Entah Kemana

Apabila melihat luka serta wajah sayu seorang ayah yang sedang menahan kesakitan atas kesalahan orang lain merupakan satu tamparan hebat buat anak kepada mangsa langgar ini.

Sudahlah ayahnya telah dilanggar lepastu ditinggalkan pula di hospital bersendirian dengan tidak sedarkan diri oleh individu yang melanggarnya dengan alasan ‘mahu cari parking’ namun akhirnya lesap.

Anak perempuan mangsa yang bernama  Afiqa Basyirah Azmi telah menceritakan detik kejadian yang menimpa bapanya itu.

“Masa itu waktu rehat budak sekolah, ayah seorang cikgu. Ayah keluar sekejap untuk beli barang, naik motor sampai saja kat satu simpang di Gong Pauh, lampu isyarat bertukar hijau. Jadi ayah pun buat u-turn, tiba-tiba datang satu kereta jenis Hilux rempuh ayah,”

“Lepas sahaja ayah jatuh, ayah cepat-cepat bangun pergi ke bahu jalan walaupun pada masa tu dia dalam keadaan teruk… dia nak elakkan diri daripada dilanggar oleh kenderaan lain,” 

“Tapi sampai sahaja di hospital, pemandu itu tinggalkan ayah yang sudah dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum doktor datang tolak ayah ke bilik kecemasan. Dia cakap, ‘sekejap lagi saya datang semula sebab nak pergi cari parking’. Tetapi sudahnya sampai hari ini langsung tak nampak muka lelaki itu,”

“Lepas sahaja pemandu kereta itu langgar ayah, dia cakap dia nak bertanggungjawab dan ayah masa tu setuju saja, tak cakap banyak dengan sakit yang dia tanggung lagi. Jadi pemandu tu papah ayah bawa ke keretanya dan kemudian hantar ayah ke hospital.

“Kami ada buat laporan polis, tapi sekadar laporan makluman sahaja bukan untuk laporan langgar lari sebab ayah tak tahu nombor pendaftaran kereta Hilux tersebut. Sebabnya, pemandu itu cakap dia nak bertanggungjawab, jadi ayah pun tak ambil nombor pendaftaran kereta itu. Ayah pun tak sangka lelaki itu akan tinggal ayah macam tu saja di hospital,” 

“Bukan niat kami sekeluarga mahukan duit. Kami cuma mahukan keadilan, pemandu itu sendiri cakap dia nak bertanggungjawab. Tapi kenapa dia tinggalkan ayah macam itu sahaja di hospital. Cakap nak pergi cari parking tapi ini sampai berapa hari dah langsung tak nampak batang hidung.

“Kami sekeluarga kecewa dan sedih sebab dia buat macam tu. Saya cuma minta sesiapa yang ada di tempat kejadian atau terlihat apa yang berlaku, tolonglah hubungi saya. Kami hanya mahu berjumpa dengan lelaki itu sahaja, bukan nak pukul atau apa-apakan. Sebab dia cakap nak bertanggungjawab dengan keadaan motor dan barang-barang ayah dibiarkan berteraburan atas jalan macam itu saja,”

Mangsa langgar oleh lelaki tidak bertanggungjawab itu juga merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Agama Sultan Abidin Ladang, Terengganu.

Difahamkan lagi kejadian berlaku ketika waktu rehat persekolahan yang mana ayahnya keluar sebentar untuk membeli barang.

Jelasnya lagi, selain keadaan motosikal ayahnya yang rosak teruk, bahagian hadapan kereta Hilux tersebut turut remuk.

Apa yang menyakitkan hatinya adalah sikap lepas tangan oleh lelaki yang melanggar ayahnya itu.

Janji mahu bertanggungjawab dengan alasan mahu cari pakir kereta namun lepas entah kemana.

Dia terpaksa melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here