`Emak tahu tentang gosip kami’- Khai Bahar

Menurut penyanyi Khai Bahar dia mengharapkan doa peminat jika mahu melihat hubungan bersama dengan Siti Nordiana menjadi lebih daripada seorang kawan.

Penyanyi berusia 25 tahun ini memberitahu bahawa kemunculan bersama Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana itu yang membuatkan peminat g dan gembira serta mengharapkan mereka berdua menjalinkan hubungan cinta.

Komen Khai Bahar lagi tentang gosip percintaan bersama Nana:

“Saya sedar ramai peminat yang mengharapkan hubungan kami lebih daripada sahabat. Tapi saya pun tak boleh nak kata ya atau tidak sebab soal jodoh ini kita tak tahu”.

“Sebelum ini pun pernah ada gosip membabitkan kami dan saya sudah menjelaskan kami rapat atas faktor kerja, tetapi apabila kami bergandingan dalam drama Satukan Rasa, ia mula menjadi perbualan peminat semula”.

“Apa-apa pun, kalau sudah tertulis ada jodoh kami, saya reda dan terima… doakan yang baik-baik ya!,”

“Emak tahu tentang gosip kami tapi buat masa ini dia tak pernah tanya pula… mungkin dia tahu ini soal kerja”.

“Kalau tanya tentang komen emak, dia memang suka semua kawan-kawan saya termasuklah Nana, jadi dia okay sahaja asalkan tahu batas dan tidak keterlaluan”.

“Rasanya gosip-gosip nakal sebegini tidak menganggu karier saya kerana kita tahu apa niat berada dalam industri ini, nak cari rezeki dan nak gembirakan semua orang ,”

Menurut Khai lagi ibunya, Rosnah Mohamad sudah mengetahui tentang gosip hubungan cinta di antara dia dengan Siti Nordiana dan menurutnya ibunya tidak pernah memberikan apa-apa komen.

Malah menyatakan bahawa ibunya itu sememangnya suka dengan semua kawan-kawanya termasuklah dia berkawan dengan Siti Nordiana dan menyifatkan bahawa ibunya turut memesan agar tahu menjaga batas pergaulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here