Ini Respon KJ Tentang Penampilan Terkininya, Berjambang

Antara ahli politik paling popular di Malaysia ialah Ahli Parlimen dari Rembau iaitu YB Khairy Jamaluddin yang lebih mesra di sapa KJ.

Bekas Menteri Belia dan Sukan ini sering memuatnaik foto di laman media sosial miliknya. KJ memag diketahuio amat aktif di laman media sosial seperti FB, Twitter dan juga Instagram.

Baru-baru ini kisah KJ sediit menjadi viral apabila penampilannya ketika bersama-sama berkempen untuk PRU Semenyih menjadi perhatian ramai.

KJ dilihat tampil dengan imej berjambang yang telahpun beruban sehinggakan ada menyamakannya dengan pelakon legenda dari India iaitu Rajnikanth yang turut popular di Malaysia.

Apabila gambar nya menjadi viral, KJ telah memuatnaik foto terkini dengan imej terbarunya itu di laman media sosial dan menulis caption yang agak menarik.

Ini captionnya: “Brick in Putrajaya without sunblock? Now I’m just tall, black and Rajinikanth.”

Ini fotonya:

Sebelum ini, ada mengatakan yang mereka rindu dengan imej lama KJ iaitu “Tall Dark and Handsome”. Ramai yang memberi pendapat, imej terbaru KJ ini agak serabut dan tak terurus.

Apapun, ada juga peminat KJ yang memujinya kelihatan lebih macho dan segak seperti hero filem berkenaan.

Untuk pengetahuan, Khairy Jamaluddin kini berumur 43 tahun dan merupakan menantu kepada mantan perdana menteri Malaysia yang kelima iaitu Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.

Sumber: IG KJ.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here