(TERKINI) Gelaran Juara Dewi Remaja 2018/19 Haneesya Hanee Ditarik Semula, Mengaku Bersalah

Hari ini terungkai segalanya, bukan fitnah tetapi ternyata video tersebut benar belaka. Video itu menunjukkan 3 peserta Dewi Remaja iaitu Haneesya Hanee, Fazreen Fazeera dan Ernisha.

Ekoran itu, Pemenang Dewi Remaja edis 2019/19 iaitu Haneesya Hanee telah ditarik balik gelaran sebagai Dewi Remaja 2018/19, berkuat kuasa serta merta pada hari ini. Pengumuman itu dibuat tengah hari tadi.

Haneesya Hanee yang hadir mengenakan pakaian serba hitam dilihat redha, dan amat bersedih atas apa yang berlaku.

Gadsi ini mengakui itu salahnya dan juga kesilapan dirinya.

Piahk penganjur, menerusi wakilnya, Faiz Aimman kemudian menjelaskan, pemenang tempat kedua pencarian gadis itu, Tia Sarah masih kekal mendukung status sebagai pemenang tempat kedua Dewi Remaja.

Pendek kata, tiada sesiapa yang ditabalkan sebagai Dewi Remaja terbaru memandangkan gelaran tersebut hanya dirujuk kepada satu-satu pemenang sahaja.

Ini komen pihak penganjur:

“Demi menjaga kredibiliti Dewi Remaja, kami memutuskan untuk tidak mempunyai pemenang tempat pertama bagi edisi kali ini. Hanya pencarian yang akan datang, kami akan tabalkan penyandang kesepuluh.

“Jadi finalis lain yang mempunyai gelaran akan terus mewakili jenama ini dalam sesi sidang media, bertemu pihak penaja atau sebarang keperluan berkaitan Dewi Remaja pada masa akan datang,”

“Walaupun menarik balik gelaran tersebut (Dewi Remaja 2018/19), tetapi Tia Sarah masih kekal di tempat kedua, Sherin Amiri di tempat ketiga. Sementara Aween Ismail sebagai Dewi Inspirasi dan Arena Iman pula Dewi Faveroite.

“Tiada sesiapa daripada mereka yang akan mengganti atau menyandang gelaran tersebut kerana status itu telah jelas milik Haneesya. Tetapi berikutan insiden yang berlaku kami tidak mengambil pendirian untuk tidak meletakkan pengganti bagi kekosongan berkenaan.

Pada masa sama, Faiz mewakili Nu Ideaktiv sebagai pemilik jenama Dewi Remaja berkata dia turut kesal terhadap apa yang berlaku, lebih-lebih lagi ia terjadi setelah pemenang terbaru dimumkan. Perkara telah pun berlaku dan dirasakan tindakan sewajarnya perlu diambil.

Sementara itu, turut diperjelaskan bahawa video tular berkenaan berlaku sebelum pertandingan akhir berlangsung. Ia terjadi hampir sebulan sebelum malam final. Jadi pada malam kemenangan, individu terlibat berada di rumah bersama keluarga.

“Apapun, pihak kami memuji akan tindakan Haneesya yang mempunyai keberanian dengan tampil secara profesional demi memperbetulkan keadaan. Kami tetap menyokong perjalanannya dalam apa sahaja yang dilakukan selepas ini,”

Menurut Faiz Aimman lagi, dengan penarikan gelaran tersebut, Haneesya Hanee bersama dua lagi finalis pencarian Dewi Remaja 2018/2019 iaitu Faizni Fazreen Fazeera Faizul dan Erni Nurshahira Khairul Nizam tidak dibenarkan menggunakan gelaran ‘finalis Dewi Remaja’ bagi sebarang aktiviti seni mereka pada masa akan datang.

Ini merupakan pengajaran buat semua, jauhilah tempat sedemikian dan jangan mudah terpengaruh dengan aktiviti tak bermoral.

Apapun, selamat maju jaya buat Haneesya Hanee dan semoga yang berlaku memberi ruang buatnya untuk terus maju dalam seni.

Sumber: REMAJA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here