‘Cukuplah kecam, beri Oktovia ruang’ – Rakan Artis

Pelakon yang juga rakan baik kepada Oktovia Manrose iaitu Nadiyah Shahab berharap semia netizen dan orang ramai memberi Oktovia Manrose ruang untuk memperbaiki diri.

Nadiyah Shahab juga berharap janganlah terus mengecam dan mencemuh Oktovia.

Sebagai teman yang rapat, Nadiyah berharap masyarakat berlaku adil dan tidak terus menghentam Oktovia yang namanya mula jadi sebutan setelah terpalit dengan kontroversi bersama pelakon, Aliff Aziz minggu lalu.

Ini komen Nadiyah Shahab:

“Sekalipun dia berbuat silap, berikan nasihat dan kata semangat, bukan menambah masalah sedia ada dengan terus menghukumnya.

“Kita tidak tahu kisah sebenar di sebalik apa yang berlaku, jadi berikan dia ruang untuk memperbaiki diri. Sebagai kawan, Oktovia sangat baik dan saya simpati apabila dia dicemuh bertalu-talu kerana kesilapannya.

“Jangan terus menilai peribadi Oktovia hanya berdasarkan kontroversi yang berlaku. Cukuplah dengan tekanan yang diterimanya kerana dia juga berhak untuk bangkit dan memperbetulkan kesilapan,”

Nadiyah berkata, walau apa jua tanggapan masyarakat terhadap Oktovia, dia tidak akan sesekali meminggirkan Oktovia dan sentiasa ada buat pelakon berkenaan..

“Sebagai rakan, saya akan tetap ada bersamanya ketika suka dan duka. Dia sudah meminta maaf, tetapi mengapa masih ada segelintir yang terus mengungkit dan membangkitkan kisah yang sudah berlalu.

“Jangan ditambah masalah yang ada, sebaliknya berikan nasihat kerana itu yang dia perlukan saat ini. Kecaman sebenarnya tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya membuatkan keadaan menjadi bertambah tegang,” k

Dalam pada itu, Nadiyah Shahab akan berlakon dalam telefilem, Saya Jual Ye Bang yang turut menampilkan Zizan Razak, Uqasha Senrose dan Datuk AC Mizal.

Untuk pengetahuan, Nadiyah Shahab merupakan teman baik kepada Oktovia Manrose. Nadiyah Shahab juga merupakan isteri kepada Ben Ali.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here