“Setahun sudah usia mu sayang” Baca ucapan Siti Nurhaliza buat Siti Aafiyah

Penyanyi tersohor tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza ada memuat naik sekeping gambar anak kecilnya di akaun Instagram miliknya.

Gambar yang dirakam dan di muat anik itu menunjukkan Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dan Siti Aafiyah.

Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Anta Permana ini ada menulis ucapan dan memberi doa khas buat Siti Aafiyah sempena kelahiran anaknya itu pada 1 Rejab 1439 Hijrah dalam kiraan kalendar Islam.

Ini ucapan dan doa dari Siti Nurhaliza buat Siti Aafiyah:

“Alhamdullillah.. 1 Rejab Aafiyah di lahirkan ..1 Tahun sudah usia mu sayang.. Doa ibu Aafiyah menjadi anak yang berjaya dunia & akhirat .. Allah SWT kurniakan ‘Aafiyah’ buat anakku sayang..”

Lantas, para peminat penyanyi kelahiran dari Kuala Lipis, Pahang itu telah mendoakan Siti Nurhaliza agar diberikan kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan bersama Siti Aafiyah.

Untuk diimbas kembali, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami telah mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 dan Siti Aafiyah yang telah dilahirkan pada 19 Mac tahun lepas bersamaan dengan 1 Rejab.

Anak Siti Nurhaliza ini menjadi popular sekelip mata, dan namanya terus trending di Malaysia apatah lagi sudah lama Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid menunggu untuk menimang anak pertama bersama.

Semoga Siti Aafiyah membesar dengan baik dan sentiasa sihat.

Foto : Instagram Siti Nurhaliza

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here