“Bayar dulu baru tahu” – Suhaimi Saad buat seminar keibubapaan dan pendidikan awal anak-anak

Suhaimi Saad sekali lagi cetuksn kontroversi apabila membuat satu seminar tentang keibubapaan dan pendidikan awal anak-anak.

Bekas ahli kumpulan InTeam ini ada mempromosikan program berkenaan di laman sosial Facebooknya melalui poster yang dimuatnaik olehnya sekaligus menjadi bualan ramai.

Program berkenaan bertajuk ‘Seminar Keibubapaan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak’ dan akan diadakan pada 31 Mac ini dengan bayaran sebanyak RM269 sekepala.

Menerusi program berkenaan, Suhaimi Saad yang disapa SS akan menjadi speaker sementara itu isterinya, Ina Naim dan anak-anak bakal diundang sebagai penampilan istimewa.

Akan tetapi, Suhaimi Saad tidak mahu mendedahkan lokasi yang tepat untuk program seminar keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak anjuran syarikatnya atas faktor keselamatan.

Suhaimi berkata, lokasi sebenar hanya akan diberitahu kepada peserta yang sudah membuat bayaran dan benar-benar serius untuk menyertai program berkenaan.

“Program itu akan berlangsung di Shah Alam. Atas sebab privasi dan keselamatan kami hanya akan maklumkan lokasi sebenar kepada peserta yang membuat bayaran sahaja,”

Dalam pada itu, Kata Suhaimi, dia mendapat idea untuk mengajurkan program tersebut selepas ramai yang bertanya dan meminta pandangan terhadap cara mendidik anak.

“Sejak tukar ramai yang kecam prinsip dan cara saya, tapi ramai juga yang hormat dan tanya banyak soalan. Mereka minta pandangan khususnya berkaitan cara mendidik anak dan homeschooling (belajar dari rumah).

“Ini adalah impian dan sumbangan saya kepada masyarakat khususnya umat Islam”

Kata Suhaimi Saad lagi, dia tidak menetapkan sasaran individu yang hadir dan akan tetap meneruskan program itu biarpun dengan 20 peserta sahaja.

Penyanyi ini berkata, walaupun ramai yang tidak serius, namun ada yang sudah membuat bayaran dan berminat menghadiri seminar tersebut.

Sebelum ini, Suhaimi Saad menerus Fb dengan nama Mosus, telah mencetuskan kontroversi apabila membuat kenyataan tak hantar anak ke sekolah, tak ambil suntikan vaksin dan berbincangan tentang bumi berbentuk mendatar.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here