“For This Ramadhan Tak Sempat Menutup Aurat…”- Sharifah Sakinah

Di Malaysia ini, antara pelakon yang sering menjadi kontroversi adalah Sharifah Sakinah. memang banyak isu yang telah ditimbulkan oleh pelakon ini.

Dalam perkembangan terbarunya, sempena bulan ramadhan ini, Sharifah Sakinah dilihat telah menutup ruang komen di Instagram.

Lantas, tindakan pelakon yang terkenal dengan drama Girlfriend Dari Neraka itu telah menjadi tanda tanya peminat.

Oleh yang demikian, Sharifah Sakinah telah memberi penjelasan tentang perkara tersebut menerusi InstaStory di akaun Instagram miliknya.

Ini katanya meallui satu video yang dimuatnaik di Ig story:

“Hi semua lupa nak wishkan dekat korang selamat menyambut ramadan lepas tu the reason why I turn off the comment sebab Sakinah tak nak baca my komen takut terpengaruh pulak.

“So for this ramadan mungkin tak sempat lagi menutup aurat, tapi sempat menutup komen di Instagram, Bubye!”

Kata pelakon yang berusia 29 tahun itu, dia telah menutup ruangan komen tersebut kerana tidak mahu terpengaruh dengan kata-kata yang negatif dari netizen sempena menghormati bulan ramadan walaupun dia measih belum lagi sempat untuk menutup aurat.

Itulah gelagat dari Sharifah Sakinah.

Sharifah Sakinah sebelum ini memang dikenali dengan gayanya yang berterus terang dan sinikal menerusi beberapa postingnya di platform berkenaan.

Untuk pengetahuan, pelakon ini telah berkahwin dengan Alif Adha seorang pilot dan mempunyai seorang anak.

Sumber: Instagram Sharifah Sakinah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here