“Saya tak berapa kenal sangat dengan Aiman.. Orang cerita macam-macam” – Bapa Zahirah MacWilson

Bapa kepada pelakon Zahirah MacWilson iaitu Zainol MacWilson telah ditanya tentang hubungan anaknya itu dengan pelakon Aiman Hakim Ridza.

Zainol akui dia sedar tentang hubungan intim anak gadisnya dengan Aiman Hakim Ridza menerusi laporan berita dan media sosial sahaja dan tak tahu dengan lebih detail.

Menurut Zainol MacWilson, perkongsian gambar-gambar anata kedua pelakon berkenaan di Instagram jelas memberi bayangan bahawa hubungan Zahirah MacWilson dan Aiman lebih dari kawan biasa.

Zainol MacWilson, yang kini menetap di Australia telah dihubungi oelh pihak wartawan mStar berhubung kisah cinta antara anaknya dengan Aiman Hakim Ridza.

Ini komen Zainol MacWilson:

“Nampaknya mereka bukan sekadar berkawan, hubungan mereka kelihatan begitu intim.

“Namun saya tak berapa kenal sangat dengan Aiman. Saya tak tahu dia budak baik atau tidak. Saya tak tahu hal sebenar kerana orang boleh cerita macam-macam,”

Zainol menambah apa-apapun, Zahirah dan Aiman perlu mendapatkan restu daripadanya terlebih dahulu jika pasangan itu serius dan ingin membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.

“Memandangkan saya masih hidup, of couse the right thing to do kena minta restu ibu bapa.

“Kalau dua-dua restu, OK. Kalau dua-dua tak restu, tak OK. Kalau salah seorang sahaja yang restu pun tak OK juga,”

Sebelum ini Zahirah memberitahu Aiman ada membawa keluarga untuk berkenalan dengan ibunya.

Bagaimanapun Zainol berkata dia tidak mengetahui mengenai pertemuan dengan bekas isterinya itu.

Dalam pada itu, bekas pembaca berita TV3 ini berharap agar peminat Zahirah dan Aiman tidak terlalu teruja dengan kisah cinta mereka kerana kedua-duanya belum mempunyai ikatan yang sah.

“Saya juga faham tentang keterujaan peminat, mereka boleh berkata apa-apa tentang percintaan Zahirah dan Aiman.

“Sebagai bapa saya berhak menentukan yang terbaik buat masa depan Zahirah, restu ibu bapa adalah perkara penting dalam setiap perhubungan,”

Ini videonya:

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here