Tengah duduk diam.. tiba-tiba keluar banyak darah daripada mulut Nonny

Selebriti Nonny Nadirah amat terkejut apabila melihat darah mengalir keluar daripada mulutnya dalam kuantiti yang banyak dan ianya berlaku secara tiba-tiba.

Kata Nonny lagi, ketika kejadian, dia berada dalam keadaan sihat dan tidak mempunyai sebarang tanda sakit. Ini membuatkan dia rasa hairan bagaimana simptom itu berlaku.

Ini dedah Nonny:

“Tengah duduk diam dan tiba-tiba keluar banyak darah daripada mulut, tak ada batuk tak ada apa.

“Sebab panas ke apa? Tak tahu… korang pernah kena macam ni ke?”

Nonny yang popular menerusi lakonannya dalam drama Istikharah Cinta ini berkongsi mengenai kejadian aneh itu di Instagram pada Selasa.

Sementara itu, Nonny memberitahu kemungkinan tekanan atau stres menjadi punca berlakunya gejala aneh tersebut.

Bagaimanapun, dia hanya akan berkongsi mengenai punca penyakit itu setelah melakukan pemeriksaan di klinik.

“Semasa saya kongsi video itu awal pagi tadi, saya seorang diri… jadi tengah hari ini baru nak pergi klinik untuk buat pemeriksaan.

“Doakan semuanya tak ada apa-apa, mungkin sebab saya terlampau stres, saya kena check dulu tapi minta dijauhkan daripada benda-benda yang kita tak nak, nanti saya update selepas saya pulang klinik ya”

Dalam pada itu, Nonny meluahkan rasa terharu apabila masih ramai peminat yang memberikan sokongan dan mendoakan dia segera pulih.

“Tak sangka masih ramai yang mengambil berat tentang diri saya. Minta anda doakan semoga saya terus tabah menghadapi dugaan hidup.

“Terima kasih banyak dan saya sayang anda semua. Doakan yang terbaik!,”

Sebelum ini Nonny ada berkongsi kisah tentang dia pernah jadi mangsa terkena buatan orang.

Kalau korang ingat, Nonny merupakan bekas peserta Akademi Fantasia dan kini mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here