Hanya dapat tempat keempat, Puteh kecewa dengan keputusan final MLM2018

Puteh yang dianggotai oleh Ali dan Mamak ternyata kecewa dengan keputusan akhir program realiti Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018).

Kumpulan duo ini mendapat tempat ke-4 di pentas final MLM2018 setelah memebri persembahan yang amat mantap.

Walaupun kecewa, Puteh tetap menyimpan harapan untuk mendapat kedudukan yang lebih baik selepas ini.

Ini komen dari kumpulan Puteh:

KOMEN ALI PUTEH

“Siapa yang tak mahu bergelar juara atau menggondol kedudukan yang lebih baik? Semua orang pastinya menyimpan harapan tersebut dan kami juga begitu.

“Sejujurnya, kami agak kecewa dengan keputusan pada malam terbabit. Mungkin ada beberapa kekurangan tetapi kami beranggapan tiada rezeki kami untuk meraih kedudukan yang lebih baik.

“Ini tidak menjadi penghalang untuk kami berusaha dengan lebih keras di lain masa. Kami tidak akan berhenti memberikan hasil kerja berkualiti kepada peminat,”

KOMEN MAMAK PUTEH

“Kami tak nafikan, populariti penting. Namun begitu, selepas tiga kali bersaing di pentas MLM, ramai lagi masih beranggapan Puteh merupakan peserta ‘underdog’.

“Kami sendiri tak tahu kenapa kami masih dianggap sebegitu kerana sudah saban tahun kami bertanding di pentas yang sama. Namun begitu, ia tidak memutuskan harapan kami.

“Insya-Allah, jika ada rezeki, kami akan tampil dengan sesuatu yang lebih baik di masa akan datang,”

Di laman media sosial, ramai penonton MLM2018 yang setuju dan mengharapkan kumpulan itu meraih tempat yang lebih baik.

Ini antara komen netizen:

@athirahdekya: “Alaaaaaaa nak puteh yang menang

@idanurasella: “aduh aku lagi suka puteh kot menang.

@AienAjakk: “Aku rasa puteh kot menang. Dua dua persembahan dia best

@OMustazirah: “worth la kalau puteh menang. sebab group tu je pun yang aku gelak macam orang gila

Pada malam itu, Shiro berjaya menjadi juara manakala Bocey mendapat tempat kedua dan Zero menggondol tempat ketiga.

Sumber: ASTRO GEMPAK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here