“Buang ego yang bersifat syaiton” – Norman Hakim

Ramai tahu tentang hubungan mesra dan baik Norman Hakim dengan keluarga bekas isterinya, Abby Abadi. Ianya sering menjadi contoh hingga ramai dalam kalangan netizen meminta nasihat tentang cara untuk menyatukan semula ibu bapa yang sudah bercerai.

Kata Norman Hakim, ibu dan bapa yang sudah tidak bersama, hendaklah perlu membuang ego. Katanya lagi mereka juga perlu berdoa serta berusaha memperbaiki hubungan yang terputus.

Ini komen Norman Hakim:

“Khusus buat ayah dan mak yang berpisah, mungkin kalian tak tahu anak-anak kalian selalu DM saya minta pandangan dan nasihat macam mana nak ayah dan mak mereka bersatu macam abang Norman dan kak Abby.

“Jadikanlah Ramadan ini sebagai platform untuk penyatuan semula. Buangkanlah ego yang bersifat syaitonirrajim untuk ambil langkah dan usaha seiring dengan doa. Percaya dan yakinlah, doa adalah senjata mustajab kita sebagai muslim”

Norman berkongsi perkara tersebut di Instagram selepas menerima banyak mesej daripada netizen yang ingin tahu rahsia hubungan baiknya dengan bekas isteri, Abby Abadi.

Normanturut menasihati ibu bapa yang memilih untuk berpisah supaya kembali bersatu dalam apa jua bentuk dan usaha demi kebahagian anak-anak.

“Buat adik-adik dan anak-anak yang selalu DM serta luahkan rasa, terus istiqamah dalam berdoa. Dan buat Ayah dan Ibu yang berpisah, bersatulah kembali dalam apa jua bentuk dan usaha.

“Hentikanlah pertengkaran, tinggalkanlah sangkaan. Binalah perhubungan, saling bermaafan dan hayatilah Ramadan,”

Norman dan Abby bercerai dengan Abby Abadi pada 2008 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11.

Norman kemudian berkahwin dengan Memey pada 24 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 6, Muhammad Dikhriz Hakim, 4, dan Mikayla Delisha Hakim yang kini berusia 10 bulan.

Manakala Abby pula berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria atau Jaiezzany pada 2015 dan mempunyai dua orang anak angkat.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here