“Saya Takut Sangat” – Liza Hanim Alami Pendarahan, Terkejut Rupanya Hamil Anak Ke-5

Penyanyi bersuara lunak Liza Hanim membuat pengumuman bahawa dirinya kini sedang berbadan dua apabila sedang hamil anak kelima. Kata Liza Hanim tentang kehamilannya itu, dia memang terkejut kerana tidak pernah merancang namun ianya merupakan kejutan yang indah buatnya dan sekeluarga.

Liza Hanim yang kini berumur 39 tahun berkata dia tidak pernah menolak rezeki anak yang diberikan kepada dan semua ahli keluarganya seronok dengan berita berkenaan. Ini komen Liza Hanim

“Setiap kelahiran anak sebelum ini memang saya dan suami rancang. Tetapi kali ini memang suatu kejutan, sebab itu saya tidak mengubah apa-apa dalam jadual nyanyian saya sebab tidak menduga. Bagaimanapun kami sekeluarga sangat seronok dengan rezeki ini”

Sebelum ini, Liza Hanim telah mengalami pendarahan ketika menyanyi di sebuah konsert. Liza Hanim amat risau kerana dirinya baru sahaja mengetahui sedang hamil.

“3jam sebelum konsert bermula saya alami pendarahan, memang ketika itu saya takut sangat. Doktor juga memberi nasihat untuk saya tidak meneruskan konsert kerana takut sesuatu yang lebih buruk akan berlaku.

“Bagaimanapun saya tetap teruskan konsert sebab ketika itu tidak ada siapa yang tahu saya sedang mengandung kecuali pihak pengurusan dan suami saya. Mujur mereka banyak membantu dan Alhamdulillah semuanya selamat”

Nama Liza Hanim kembali melonjak apabila dia menyertai pertandingan Gegar Vaganza. Liza Hanim berjaya mendapat tempat kedua dalam rancangan Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4) yang menyaksikan Aisyah menjadi juara.

Untuk pengetahuan, Liza Hanim bernikag dengan ahli kumpulan Indigo, Mohd Shahrin Mohd Samsudin atau Shah Indigo dan kini sudah berkahwin selama 15 tahun. Sepanjang perkahwinan, pasangan ini sudah dikurniakan empat orang anak.

Sumber: Utusan Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here