Kau tak payah semaklah nak berniaga.. Zara Zya rasa terhina

Pelakon Zara Zya akui berasa sedih dan kecewa apabila ada individu tidak dikenali mengutuknya berniaga apabila menghantar mesej hinaan kepadanya yang baru berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Zara yang kini sudah masuk 34 tahun berkata, penghinaan yang dilemparkan itu telah melukakan hatinya, lebih-lebih lagi apabila ia turut melibatkan keluarga.

Kisah ini mendapat perhatian apabila Zara Zya berkongsi mesej berkenaan di laman IG miliknya.

Ini kata-kata dari individu berkenaan:

“Kau tak payah semaklah nak berniaga sana sini, berlakonlah sampai mam***, tu saja yang kau pandai pun. Famili kau kedana sangat ke sampai kena berniaga pula. Mentang-mentang artis, barang kau bukan laku pun,”

Zara berkata dia telah lalui banyak pancaroba sejak mula menceburi bidang perniagaan.

Katanya, usaha untuk berniaga ini juga adalah usahanya untuk membalas jasa kedua ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan dia dan adik-beradik yang lain.

Sementara itu, Zara Zya menegaskan produk kosmetik yang dijual olehnya itu bukan daripada sumber haram. Dia turut mencabar individu tersebut untuk bertemunya secara bersemuka.

Ini respon balas Zara Zya:

“Hina sgt ke kalau saya nak meniaga? Tak tau la kenapa, tapi ayat yg dia tulis tu betul2 buat saya sedih sgt…

“Saya sedar saya ni bkn hebat sgt meniaga. Tapi apa salah saya? Siap ckp pasal family saya.

“Kalau kritikan tu utk saya je, saya blh terima, tapi bila sentuh bab family, memang saya sedih sgt.

“Saya takkan lupa betapa susahnya parents saya cari rezeki siang malam untuk bagi kami adik beradik makan, pakai dan pelajaran yg cukup. Ni la masa utk saya balas balik utk parents saya. .

“Saya kena tipu, bkn org tau. Saya tak tido pun takde sapa tau. Takkan saya nak canang cerita pulak kesusahan saya?

“Produk saya tu tak haram. Sampai hati ckp mcm tu. Kalau berani, jumpa saya depan2 lah. Apa yg dia sakit hati sgt dgn saya? Bila jadi mcm ni, saya jadi tak kuat”

Itulah luahan hati Zara Zya di laman IG miliknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here