“Pergi club sama-sama, boleh jaga awak, teruskan” – Bella Astillah dedah Aliff Aziz buat hal lagi

Selepas kes kontroversi bersama epalkon Afifah Nasir, pelakon Aliff Aziz kini lagi sekali buat hal dan didakwa berlaku curang.

Aliff Aziz dikatakan keluar dengan seorang pelakon wanita baru. Perkara ini diberitakan sendiri oleh isterinya iaitu Bella Astillah menerusi Instagram.

Katanya suaminya itu jalin mempunyai hubungan dengan pelakon pembantunya dalam sebuah telefilem baru-baru ini.

Dedah Bella, dua hari sebelum tamat penggambaran, dia menyedari Aliff mula berkelakuan pelik apabila bertukar kata kunci telefonnya.

Aliff juga bertindak memadam perbualannya di aplikasi WhatsApp dengan pelakon wanita itu.

Ini pendedahan Bella Astillah:

“Sejak kes yang dulu, saya berikan peluang pada dia sebab setiap manusia buat kesilapan dan sebab saya pandang anak saya.

“Tapi apa yang kami lalui korang (kau orang) takkan boleh bayangkan. Selepas Aliff habis penggambaran telefilem baru-baru ni dia buat hal lagi dengan heroin yang bekerja dengan dia dalam telefilem itu,”

“Dua hari sebelum habis shoot, dia dah start berkelakuan lain di mana dia dah tukar kata laluan telefon dan bila saya paksa buka phone, dia buka tapi dia pandai… dia dah padam whatsApp dia dengan heroin tu.

“Saya cakap dengan dia saya bukan budak kecil. Kalau tiada apa kenapa perlu padam? So saya nakkan kepastian saya call heroin tersebut jawapan dia kepada saya “Ya Allah Bella takde apa-apa pun, kenapa Aliff buat hal lagi ke? Boleh tak bagi Via (pelakon berkenaan) jumpa dia Via nak cakap dengan dia ‘back to Allah’.

“Rupa-rupanya orang yang nasihat saya ni orang yang sama-sama pergi kelab dengan Aliff,”

Tambah Bella, dia turut menyedari kelakuan suaminya selepas berdoa diberikan petunjuk tentang rumah tangganya. Sementara itu Bella juga menerima maklumat daripada seorang sumber di Instagram.

“Bila solat saya minta Allah beri petunjuk tentang rumahtangga saya, tak sangka doa saya dijawab dengan begitu cepat.

“Sangat cepat. Saya terkejut. Terima kasih kepada Insan yang beri info kepada saya kalau tak, saya ni takkan tahu apa-apa.

Dia turut memberi teguran kepada suaminya tentang hal ini. Ini komen Bella kepada Aliff Aziz.

“Kepada Aliff, kalau awak rasa bahagia dgn kehidupan mcm tu dan dah jumpa pasangan terbaik yang awak rasa serasi boleh pergi club sama-sama yang boleh jaga makan minum pakai awak, teruskan,”

Untuk pengetahuan Aliff berkahwin dengan Bella pada 9 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia 2 tahun.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here