Terlupa dah kahwin.. ini yang berlaku apabila Fasha Sandha bangun tidur

Minggu lepas pasangan selebriti popular Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Kini dah empat hari mereka berdua bergelar pasangan suami isteri.

Setelah menjadi permaisuri hidup kepada pelakon Aidil Aziz, Fasha Sandha ada berkongsi satu kejadian yang baginya agak lucu dan mencuit hati.

Dedah Fasha Sandha, dirinya dah tiga tahun terbiasa sebagai ibu tunggal dan tidur seorang diri membuatkan dia telah terlupa dirinya sudah bergelar isteri ketika bangun daripada tidur.

Ini pendedahan dari pelakon ini:

“Memandangkan saya sudah tiga tahun lima bulan jadi ibu tunggal, saya ada momen terlupa ada suami di sebelah semasa bangun tidur.

“Saya lupa selepas bangun tidur kena gosok baju suami, siapkan sarapan pagi. Apabila ingat balik momen itu saya hanya mampu tergelak sendiri.

“Itulah kejadian yang buat saya ketawa sampai sekarang, sejujurnya saya seronok dengan kehidupan selepas kahwin sebab ada teman untuk berbincang dan berbual sebelum tidur,”

Dalam pada itu, Fasha Sandha berkata kedua-dua anaknya semakin selesa bersama Aidil Aziz dan mula memanggil dengan nama ayah.

“Alhamdulillah, Rayfal dah panggil ayah, beritahu sekali saja dan esoknya dia dah panggil ayah… tapi Jemyma lambat sikit, mungkin perempuan lain sikit kut!

“Saya pun mula-mula agak susah nak panggil abang tapi kita cuba slowly sebab sekarang dia dah jadi suami saya. Setelah berbincang apa gelaran saya patut panggil, Aidil beritahu dalam famili dia isteri kena panggil abang,”

Fasha Sandha (35 tahun) dan Aidil Aziz (32 tahun) telah selamat disatukan dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar Perlis pada Sabtu lalu.

Turut diadakan majlis resepsi di Perlis.

Sementara itu, majlis resepsi di belah keluarga pengantin lelaki akan diadakan di kampung halaman Aidil yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan pada Sabtu ini.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here