Netizen Hentam Che Wan Sebab Kongsi Gambar Kanak-Kanak Sakit

Hanya kerana berkongsi gambar dengan kanak-kanak yang sakit di laman Instagram miliknya Che Wan telah dihentam oleh pengikutnya.

Chef Wan menjelaskan bahawa dia hanya berniat mahu berkongsi kegembiraan dan meraikan kanak-kanak tersebut.

Ini adalah komen dari Chef Wan lagi:

“Seorang follower ada menghantar DM malam tadi, bebel kononnya saya tak patut post gambar anak-anak yang sakit di Instagram kononnya tak sensitif dengan nasib mereka.

“Manusia ini ada segelintirnya jika nak cari kesilapan orang lain dan tidak berlapang dada akan ingat yang bukan-bukan. Kenapa dia tak nampak apa yang kami lakukan sebenarnya adalah suatu kebaikan yang ikhlas dan mampu membuatkan mereka semua tersenyum.

“Sesibuk mana pun, kami mampu untuk mengumpul sumbangan, beli barang permainan, luangkan masa bermesra dengan anak-anak, ibu bapa dan doktor, walaupun terpaksa skipped lunch,”

“Tak ada langsung niat di hati nak gunakan anak-anak itu untuk buat diri nampak baik atau glamor malah mereka semua teruja bila saya beritahu yang saya akan post gambar-gambar yang saya ambil sebagai perkongsian rasa sedih dan sunyi mereka di hospital.

“Jika kita tak mampu melakukan ini semua pun janganlah pandang serong pada kami. Kemunculan kami sebagai selebriti ke hospital adalah untuk menceriakan pesakit-pesakit semua.

“Kami nak mereka tahu yang lebih ramai orang di luar sana yang prihatin terhadap penderitaan dialami mereka. Pleaselah saya tak gila pun dengan publisiti murahan untuk jadi famous! Hanya Allah yang tahu isi hati saya,”

Dia dilihat telah meluahkan rasa sedih dengan sikap segelintir yang hanya tahu menghentam dirinya serta usaha yang dilakukan pada pesakit-pesakit di hospital tersebuut.

Selain itu, bapa kepada seleberiti Serina Redzuan itu juga dengan keras  menafikan dakwaan yang dikatakan dia melakukan hal itu hanya kerana mahukan publisiti sahaja.

Tujuannya adalah mahu menyedarkan dan membuka mata ramai masyarakat terhdap golongan ini. Aduh kesian pula dengan Chef Wan, niat murninya telah disalah erti oleh netizen.

Tak baik kita sebagai seorang islam berprasangka yang tidak baik atas kebaikan yang dilakukan oleh seseorang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here