“Aku haramkan setiap penat lelah aku” – Lelaki Ini Dakwa Rozita Che Wan Tak Bayar Gajinya

Seorang lelaki yang pernah menjadi pemandu kepada Rozita Che Wan, telah mendedahkan bahawa dia tak menerima gaji dari selebriti popular berkenaan.

Lelaki bernama Riduan ini membuat satu pendedahan yang mengejutkan ramai di laman Facebook miliknya semalam dan ianya terus menjadi viral.

Ini pendedahan dari Riduan:

Sedih rasa hidup kita kerja penat siang malam gaji tak dibayar..Terima Kasih la niaya saya mcm ni Che ta, Semoga Allah balas apa yg kau dah buat kat aku.. Aku haramkan setiap penat lelah aku dari pagi sampai ke malam kau tknk bayar gaji aku.. Allah dengar doa orang teraniaya mcm aku ni..Aku doakan suatu hari nnti bila kau susah kau akan ingat cemana seksanya aku makan gaji dgn kau.. Aku harap business kau karier kau akan jatuh sampai kau terduduk.

Mcm pengemis aku jadinya kau buat aku minta gaji dgn kau, kau kata aku mcm2 untuk taknak bayar gaji, siap suami kau call aku ckp aku putar belit cerita bagai siap kata tkpa nk viral, viral la kita tgk siapa punya viral lg kuat.. Aku tk kisah kau artis kuasa viral kau lg kuat dari aku tapi ingat setiap titik peluh orang yg kau tk bayar tu kau jawab kat akhirat nnti.

Aku baru kerja tak sampai sebulan kena saman dgn trafik kau ckp kat PA kau salah aku sebab tak pergi tukar no plat, kau rasa berapa kali dah aku bgthu kau suruh tukar no plat tapi kau asyik cakap nanti2. sampai la nk kena saman yg kedua baru kau bg duit suruh pergi tukar.

Takpa kalau kau rasa kau nk tindas bangsa kau sendiri mcm ni dgn RM2,000 tu kau rasa boleh buat kau kaya, tkpa aku haramkan setiap titik peluh aku selama ni.. Aku tahu aku orang susah tapi aku masih ada maruah diri..Aku bukan nk bukak aib kau tapi suami kau yg cabar aku siap cakap kuasa viral siapa lg kuat. Jangan sampai orang takde org nk ambik aku kerja lg dia ckp.. Kau bukan tuhan nk tentukan rezeki orang.

Allah tu maha adil lagi maha kaya..Kepada PA che ta Kak Nani, terima kasih dah tolong saya untuk dapatkan gaji tapi dia tknk bagi jgk.. Takpa akak dah jalankan tanggungjawab akak.. Terima kasih untuk segalanya.

Sumber: FB Riduan

Kenyataan balas Che Ta, dedah perangai bekas pemandunya (BACA SINI)

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here