Kenyataan balas Che Ta, dedah perangai bekas pemandunya

Agak panas dan kecoh apabila ada seorang lelaki bernama Muhammad Riduan yang juga bekas pemandu kepada pelakon Rozita Che Wan telah membuat pendedahan bahawa selebriti popular itu tak membayar gajinya.

Kes bekas pemandu Rozita Che Wan yang lebih mesra dengan nama Che Ta ini, mula menjadi viral sejak semalam apabila Riduan membuat satu kenyataan di laman media sosial Facebook miliknya.

Riduan juga memuatnaik beberapa gambar perbualannya dengan pembantu kepada Che Ta dalam usahanya untuk meminta gaji.

BACA KENYATAAN RIDUAN (DISINI)

Akhirnya, setelah teruk dikecam netizen yang mendengar rintian Riduan, Che Ta telah tampil memberi respon membalas dan menyelar kenyataan lelaki berkenaan.

Menerusi laman Instagram miliknyanya, Che Ta dilihat amat berang dengan dakwaan berkenaan dan mendedahan kan perangai bekas pekerja nya itu.

Ini komen Che Ta pula:

“Kau kerja macam taik, kau nak aku viralkan ke macam mana kau kerja, apa kau ambil, apa kau buat malam-malam sampai bawa kereta sambil tidur.

“Bila hidup kau susah, jangan salahkan orang lain, tanya diri sendiri macam mana kau kerja,”

Sebelum ini, di laman FB, Muhammad Riduan memuat naik status meluahkan rasa kecewa setelah Che Ta dan suami, Zain Saidin tak bayar gaji seperti dijanjikan.

Malah Riduan juga ada menyatakan bahawa dia mengharamkan segala penat lelah nya ketika bekerja sebagai pemandu kepad pelakon Kiah Pekasam itu.

Selain itu jugam, dek kerana terlalu marah, Riduan ada mendoakan supaya perniagaan yang diusahakan oleh Che Ta dan kerjayanya sebagai pelakon dan pengacara jatuh merudum supaya dia dapat merasa susah.

Riduan menyatakan walaupundirinya seorang yang tidak berkemampuan namun dia masih ada maruah diri.

BACA KENYATAAN RIDUAN (DISINI)

Sumber: IG CHE TA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here