Wan Sharmila Akui Sudah Berhijab Dan Job Lebih Luas

Siapa yang tak kenal dengan Wan Sharmila seorang pelakon kecil molek dan berwajah comel walaupun sudah berusia 38 tahun.

Artis cantik ini telah memuat naik satu foto yang menampilkan dia sudah pun berhijab ketika sedang bercuti di Osaka.

Ternyata penampilan terbarunya itu telah mengejutkan ramai peminatnya yang rata-rata menyukai imej terbarunya itu.

Menurut pelakon ini lagi, dia sudah lama berharap bahawa mahu menutup aurat dan berhijab dan baru-baru ini dia terus bernekad untuk berhijab sepenuhnya sempena sambutan hari jadinya pada tanggal 12 Oktober lepas.

Komen Wan Sharmila lagi tentang penampilan terbarunya :

“Sebenarnya kalau ada sesiapa yang tanya tentang berhijab, saya takut nak cakap ‘ya’ tu. Selalunya saya akan minta mereka doakan sahaja… tapi apa yang saya sedang buat sekarang ni adalah saya cuba untuk ke arah itu”.

“Apa yang peminat lihat di Instagram itu sebenarnya ya, saya dah mula pakai tudung sejak tiga hari lalu”.

Tapi sepanjang tempoh itu saya tak post gambar walaupun tengah bercuti di Osaka ketika ini sebab sangat takut malah tiada siapa pun yang tahu mengenainya. Tiga hari saya ‘peram’ gambar dan tak post”.

“Saya rasa sedih dan terharu sebab niat saya untuk berhijab ini sebenarnya sudah lama… tapi nak mulakan itu memang takut… jadi masa saya betul-betul nekad nak buat tu, saya lakukan ia masa hari jadi saya,”

“Saya mula pakai masa saya dekat Osaka kerana saya fikir mungkin masa balik ke Malaysia nanti saya tak rasa kekok. Tak dinafikan kalau kawan video call sekarang ni pun saya jadi segan… rasa sangat lain”.

“Dalam lakonan-lakonan sebelum ini yang saya pakai tudung pun saya yang minta sebab saya suka dan sebenarnya nak belajar… sekarang ini juga pun saya dah mula memilih pakaian yang bersesuaian,”

“Pada pendapat saya, pakai tudung sebenarnya job lebih luas tetapi dugaan akan lebih banyak… Ini bukan perkara main-main, saya buat kerana ia tanggungjawab, bukan kerana fesyen”.

“Saya juga nak ucapkan terima kasih buat mereka yang DM, mesej dan doakan saya… malah ada kawan-kawan rapat yang menangis, mereka buat saya betul-betul terharu”.

“Cuma saya harap tiada siapa yang judge mengenai penampilan saya selepas ini. Takut pula ada yang cakap tudung tak cukup labuh atau apa… saya cuma harapkan sokongan mereka,”

Alhamdulilah ini yang dinamakan hidayah Allah yang dicari dan ternyata Wan Sharmila nekad dengan perubahan yang baik ini demi Allah. Sesunguhnya ia merupakan rahmat yang besar buat dirinya.

Semoga Wan Sharmila akan terus istiqamah dengan penampilan berhijabnya dengan mencari redha Allah dan semoga akan terus dicurahkan dengan rezeki yang mengalir seperti air.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here