Luahan terbaru Bella Astillah tentang keadaan rumah tangganya.. Ramai yang minta post video

Ini merupakan kenyataan terkini dari Bella Astillah tentang keadaan rumah tangga yang melanda.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman IG miliknya itu Bella mengatakan apa yag berlaku adalah satu lagi ujian buat dirinya.

Bella juga mahu orang ramai ambil iktibar dari perkara ini, dan berharap wanita di luar sana tak takut untuk bersuara.

Tentang isu yang melibatkan keluarganya, Bella berkata dia akan tunjukkan bukti video itu kepada ahli keluarga dan mereka yang terlibat sahaja.

Ini kenyataan penuh Bella Astillah:

Assalammualaikum wbt.
Pertama sekali, berkenaan dengan semua yang berlaku Bella terima dengan hati yang terbuka. Dalam hidup ini,selepas ujian adalah ujian. Itulah lumrah alam. Setiap petunjuk yang kita minta kita harus terima dan setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Dari semasa ke semasa saya terima banyak dm daripada beri kata nasihat, sokongan, dorongan sehinggalah kecaman.

Disini saya ingin terangkan, saya bkn secerdik dan sepintar rata rata manusia lain. Saya adalah diri saya. saya juga manusia biasa yang pasti buat kesilapan. Seandainya ada segelintir dan mana2 pihak yg mengatakan tentang pendapat mereka soal perkongsian saya berkenaan rumahtangga kelmarin adalah salah, mungkin pandangan setiap manusia lain2 termasuklah saya.

Semoga ramai menjadikan ini sbg iktibar kerana ada wanita yang takut untuk bersuara. Segala yang baik kita perbaiki jadikan teladan malah yang tidak baik sebagai sempadan. Apa yang saya inginkan buat masa ini adalah ketenangan.

Saya ada bertanya dgn ustaz, sudah semestinya untuk tenang adalah mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. selain itu akan lebih tenang sekiranya kita lebih memikirkan dan berusaha utk mengubah diri berbanding mengubah orang lain. Saya maafkan yg terlibat sbb sy hanya ingin kejujuran. Saya lega bila mendapat tahu kebenaran dan berani bersemuka utk mengaku kesalahan dan meminta maaf. Mmg akan terasa pedih dan terluka. Kita semua manusia penuh dgn kesilapan, sebagai manusia hanya maaf yg perlu diungkap tak susah. Drpd menegakkan benang yang basah apabila kesalahan secara terang terangan tetapi tidak mengaku, yg membuatkan saya kecewa dan marah sebab saya sahaja yg tahu kebenaran.

Ramai yang meminta saya untuk post video, ada juga segelintir mengatakan saya fitnah. Saya tidak akan sesuka hati ikut emosi untuk post tanpa bukti tapi setelah saya fikir adalah lebih baik saya tunjuk kpd keluarga dan yg terlibat sahaja. Maaf yg tersinggung dengan cara saya berkongsi masalah ini, tetapi setiap manusia ada pelbagai cara utk meluahkan, mengendalikan, kerana apa jua masalah, kita tak boleh ingin org jadi seperti diri kita mahupun jd diri org lain. Skrg saya perlukan masa dan ketenangan utk berbincang dgn ahli keluarga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here