“Kalau sudah takdir tidak miliki anak …” – baca komen penuh Noh Salleh

Vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh atau Noh Hujan telah berbicara sedikit tentang cahaya mata setelah tujuh tahun berkahwin.

Noh Hujan menyatakan walaupun tak mempunyai anak, dia tetap masih bersyukur atas nikmat yang Allah berikan dalam rumah tangganya yang dibina bersama penyanyi antarabangsa Mizz Nina.

Penyanyi ini amat yakin nikmat untuk dianugerahkan rezeki cahaya mata adalah keputusan Allah.

Ini komen Noh Hujan:

“Kalau nak cerita soal anak itu keputusan Allah. Kalau nikmat ada anak tu milik kami, nanti-nanti (kemudian) Dia bagi.

“Kalau dah bukan takdir kami menikmatnya, kami masih bersyukur,”

Untuk pengetahuan semua, Noh Hujan telahpun berkahwin dengan penyanyi Mizz Nina atau nama penuhnya Shazrina Azman, pada 1 Julai 2011.

Pasangan ini kini amat aktif dalam misi kemanusiaan dans edang berada di negara Syria selama dua minggu.

Noh berkata, dia menyedari misi kemanusiaan itu juga umpama bulan madu buat dia dan isterinya itu.

“Saya sedar, ini rupa-rupanya trip honeymoon kami suami isteri sekarang. Ambil masa dua minggu untuk berkepit sama-sama buat kerja amal keliling dunia.

“Apa lagi nikmat dunia yang tuhan tak bagi lagi? Yang penting give back and be happy,”

Apapun semoga Noh Hujan dan juga Mizz Nina akan sentiasa bahagia selalu.

InsyaAllah kalau ada rezeki anak dari Tuhan, tak akan kemana.

Sumber: laporan MStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here