Intan Unfollow Dan Padam Gambar Tunang Di IG

Nama pelakon wanita Intan Najuwa dan pelakon lelaki Zul Ariffin menjadi bualan hangat warga netizen gara-gara berberapa keping gambar yang memaparkan adegan terlajak mesra seperti berpelukan dan didukung oleh Zul Ariffin.

Rata-rata warga netizen menyelar tindakan yang dilakukan oleh pelakon wanita yang berusia 22 tahun itu kerana dia sudah pun mengikat tali pertunangan dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua darinya.

Tunang Intan, iaitu Razrul Anwar Rusli berbeza usia selama 16 tahun daripadanya. Susulan daripada insiden yang didakwa tidak menjaga batas pergaulan dan adab sebagai tunang orang itu Razrul enggan memberi sebarang komen.

Menurut tunang pelakon itu, semua orang bebas untuk memberikan pendapat masing-masing. Untuk pengetahuan semua, pengarah drama Setelah Ku Miliki juga telah membuat kenyataan bahawa adegan tersebut bukanlah babak dalam drama miliknya.

Disebabkan daripada itu, netizen telah bertindak mengutuk dan mengecam tindakan yang dikatakan tidak sopan. Walaupun sebelum ini Intan ada mengeluarkan kenyataan bahawa tunangnya memahami kerjaya seni lakonannya.

Sebelum ini juga, tunang Intan Najuwa ada memberitahu bahawa dirinya sedang mendidik Intan Najuwa secara perlahan untuk kebahagian masa bersama untuk kehidupan berumah tangga kelak.

Insiden ini juga telah mendapat perhatian Pencetus Umah (PU) Syed yang telah bertindak menegur perbuatan tersebut di laman Instagram miliknya pada minggu lepas.

PU Syed juga ada memberikan nasihat bahawa Intan Najuwa dan Zul Ariffin lebih baik bernikah sahaja kerana menyifatkan aksi tersebut sebagai keterlaluan yang boleh dilakukan oleh pasangan suami isteri yang sah.

Sehingga kini, Intan Najuwa masih lagi tidak tampil memberikan sebarang respon tentang penyebaran foto mesra dia bersama Zul Ariffin.

Terkini, dikatakan bahawa pelakon ini telah pun bertindak memadam gambar dia bersama tunangnya di laman sosial Instagram. Hasil permerhatian juga telah mendapati bahawa Intan Najuwa juga telah unfollow Instagram tunangnya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here