Ligamen kaki Hairul Azreen putus

Pelakon popular, Hairul Azreen ada memberitahu bahawa dia alami kecederaan ketika sedang berlakon.

Hairul mendedahkan bahagia ligament pada anggota kaki kanannya putus ketika menjalani penggambaran filem aksi berjudul Wira.

Pelakon berumur 31 tahun ini, berkongsi khabar duka itu menerusi akaun Twitter miliknya, sekitar jam 5.56 pagi hari ini.

Ini tulisnya:

“Ligamen kaki saya putus masa buat stunt terjun dari tingkat 2, filem WIRA,”

Melihat di ruang komen laman media sosial pelakon tersebut, rata-rata peminat dan pelayar Twitter mendoakan agar bintang filem itu cepat sembuh.

Manakala menurut komen seorang pengguna media sosial berkenaan turut memberi nasihat.

Ini antara komen dari peminatnya:

“susah nak bt anak klu mcm ni…hehe…jg diri baik2 bossku…semoga cepat sembuh”

“Berhati-hatilah semasa berlakon tu”

“Gws… Kje kuat sgt ni… Time to rehat n recover well hero msia”

Untuk pengetahuan, filem Wira berunsur aksi arahan pengarah filem Paskal, Adrian Teh. Selain Hairul Azreen selaku terani utama, antara barisan lain dibarisi oleh pelakon seperti Henley Hii, Ismi Melinda, Josiah Hogan dan Dain Said.

Sumber: Twitter Hairul Azreen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here