“Saya alpa sehingga lupa dengan keluarga. Saya juga pernah mengenepikan ibu sendiri”

Kini dah tiga tahun Wany Hasrita bergelar sebagai seorang penyanyi. Tahun ini memang nama Wany mencanak naik apatah lagi dinobatkan sebagai Bitang Paling Popular.

Walaupun sebenarnya dia dikelilingi individu yang sering memberikan aura positif, namun wanita berusia 27 tahun itu mengakui, dia pernah hampir tergelincir daripada laluan hidupnya ketika sedang rancak membina nama sebagao selebriti popular.

Malah, Wany Hasrita akui pernah lalai dan alpa sehingga mengingkari nasihat ibunya sendiri.

Pemilik nama lengkap Nurshazwany Hasrita Hasbullah itu berkata, akibat terlalu obses terhadap sesuatu perkara dia pernah tergamak melupakan keluarga.

Sungguhpun begitu, Wany mengakui bernasib baik kerana cepat tersedar dan tidak terlalu larut dengan kehendak dirinya sendiri.

Ini komen Wany Hasrita:

“Sejujurnya, bukan saya seorang sahaja yang pernah mengalami fasa terlalu memuja. Tidak semestinya soal cinta, tetapi perkara lain berkaitan kerjaya dan kehidupan.

“Benar, seketika dahulu saya pernah alpa sehingga lupa dengan keluarga. Saya juga pernah mengenepikan ibu sendiri kerana terlalu kejarkan perkara yang belum tentu membawa kebaikan. Mujurlah kealpaan saya tidak berlanjutan lama. Selepas sekitar tiga bulan, saya terus meminta maaf daripada ibu saya.

“Biarlah saya sahaja yang tahu puncanya. Cuma, apa yang boleh saya katakan, ibu selalu mendoakan tidak kira masa. Alhamdulillah, mungkin disebabkan doa ibu, saya sedar diri.

Ini pula pesanan dari Wany Hasrita kepada mereka yang igin bergelar sebagai penyanyi.

“Selain perlu pandai jaga diri, artis perlu dikelilingi individu yang lebih matang dan tegas. Jika nasihat diberikan oleh rakan sebaya, mungkin sudut pandangan rakan sebaya tidak sedalam atau sematang orang yang lebih dewasa dan berpengalaman.

Wany Hasrita kini tampil dengan lagu baru berjudul Terlalu Memuja dan ianya berkisarkan tentang kisah itu.

Sumber KOSMO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here