Liyana Jasmay tampil tak bertudung.. Netizen tanya tudung dah terbang?

Umum mengetahui bahawa pelakon Liyaan Jasmay sudapun berhijab. Akan tetapi sebelum ini, sudah beberapa kali gaya pemakaian tudung Liyana Jasmay dikritik.

Ini gara-gara cara tudugny amemeprlihatkan leher dan juga kadangkala ternampak juga rambut dan membuatkan ada yang mengatakan beliau seperti mempermainkan agama.

Dalam perkembangan terkini, ketika ini ada pula gosip kononnya Liyana Jasmay sudah tidak lagi memakai tudung.

Ini gara-gara beberapa keping foto yang dimuatnaik oleh Liyana Jasmay di IG miliknya.

Rata-rata netizen keliru dengan foto terbaru yang dimuat naik olehnya di Instagram ketika mempromosikan koleksi baju raya.

Diruangan komen banyak peminat yang melontarkan soalan kepada Liyaan Jasmay kenapa dia tampil tak bertudung atau kenapa dia muatnaik gambar itu.

Walaupun dipenuhi dengan pelbagai soalan dan kritikan, Liyana Jasmay nampaknya masih lagi berdiam diri, enggan memberikan sebarang kenyataan lanjut.

Bagaimanapun, ada yang berkata ia mungkin gambar lama. Kalau betul ianya gambar lama, mungkin kurang sesuai untuk dimuat naik semula kerana menimbulkan salah faham. Apatah lagi dibulan yang mulia ini.

Apa-apa pun, kita tunggu sahaja respon Liyana Jasmay berkaitan isu ini nanti.

Sumber: BeautifulNara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here