“Kejadian yang tak boleh dijelaskan berlaku…” – Diana Danielle Kena Sakit Apa Malam tadi?

Pelakon popular, Diana Danielle mengadu mengalami kekejangan tulang belakang dan bawah perut yang teruk malam tadi dan sehingga kini masih belum menemui puncanya.

Diana menulis situasi yang dialaminya itu menerusi laman Instagram miliknya dan berkata bahawa dia telah mencuba pelbagai cara untuk melegakan sakit berkenaan namun ia tidak berhasil.

Menurut Diana, dia terpaksa menanggung kesakitan itu selama dua jam dan ia digambarkan seperti sedang mengalami keguguran.

Ini komen Diana Danielle:

“Malam tadi saya mengalami satu keadaan sukar untuk dijelaskan dan ia berlaku secara tiba-tiba. Saya rasa tegang dibahagian belakang dan bawah perut.

“Saya cuba mengurut sendiri kawasan berkenaan namun ia masih terasa sakit.

“Bahagian tengah tulang belakang saya mengalami kekejangan yang luar biasa apabila saya baring, malah punggung saya juga mengalami perkara yang sama,”

“Saya rasa seperti keguguran, saya cuba berdiri dan meregangkan badan namun tetap sakit.

“Akhirnya saya tertidur dan apabila bangun keadaan menjadi baik sedikit namun kawasan belakang badan masih terasa sakit,”

Ini komen Diana Danielle:

“Oh my god, last night I had something really unexplainable happen and it was so sudden. . I had the worst cramps on my lower back AND my lower abdominal area that when it happened naturally I would start to self massage to soothe the area, but my pelvic area was so tender and sore that pressing on it hurt so much. It started with the middle part of my spine, felt an incredible stiffness that when I lie down and move in a certain angle, my back had this stiff and sore pain, an hour after that the overwhelming cramp took over — i swear i could feel as if i had a miscarriage (but it wasnt the case), I tried to stand up and stretch my body but i was left like a hunchback and had to lie down and wait for it to go away (2 hours of waiting in agony). Has anybody ever felt this way? I was finally able to sleep and woke up slightly better but an area of my back still hurts. If in TCM would it be considered cold-wind? Help!

Dalam satu update, Diana Danielle telah mecneritakan penyakitnya itu adalah disebabkan oleh muscle cramp yang teruk kerana dia tak cukup rehat. Pelakon itu kini dah ambil ubat dan sedang berehat.

Ini tulisnya:

“UPDATED: my doctor friend says i may be experiencing muscle spasms along my spine due to limited rest, so am gonna take it easy & i have my muscle relaxant on standby. This calls for a trip to the chiro. .

Datin Diana Daniella merupakan isteri kepada pelakon Datuk Farid Kamil dan mempunyai dua anak iaitu Muhammad dan Nur Arora.

Semoga Diana Danielle kembali sihat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here