Warning Doktor Pakar Buah Pinggang Kepada Selebriti, Instafamous.. KINI BOLEH KENA SAMAN

Ini lagi tentang kisah produk yang kononnya untuk kesihatan orang ramai tetapi ada mempunyai kesan sampingan yang tersendiri. Antara kesan sampingan paling ketara ialah masalah buah pinggang.

Menurut Pakar Buah Pinggang iaitu Dr. Rafidah Abdullah, gara-gara penggunanan buah pinggang dari review oleh selebriti dan juga instafamous, kini makin ramai pesakit dimasukkan ke hospital kerana mengambil makan suplemen yang dijual.

Perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah selebriti dan Instafamous yang kerap kali ‘review’ perkara tersebut dilihat memberi impak negatif kepada kesihatan orang ramai.

Ini antara komen-komen dari Dr Rafidah:

UPDATE 1:

“Kalau ambil produk sampah, jangan asyik nak “salahkan” KKM. Tambahan pula saya dah banyak kali beritahu: “lulus KKM” bukan maksud selamat untuk semua.

“Bincang dgn Doktor merawat dulu. Jangan sesuka hati ambil.

UPDATE 2:

“Untuk selebriti, instafamous dan yang sewaktu dengannya: KKM buatkan panduan khas untuk anda.‬

“‪Harap semua selebriti tahu tatacara yang betul. Jangan bagi alasan tak munasabah. Saya tahu denda sedikit, tapi janganlah menipu masyarakat Malaysia. Tak rasa bersalah sedikit pun ke?‬

‪”JANGAN sekali-kali sebut perkataan buah pinggang dalam review anda. Yang ini dah masuk kawasan saya dan bagi pihak rakan-rakan, kami tak benar kan sesiapa pun kata produk anda selamat untuk buah pinggang. You have NO IDEA how many people landed in hospital. Yang terkena: sila simpan bukti dan beritahu Doktor merawat untuk hubungi saya. Kita saman mereka ya

UPDATE 3:

“Terima kasih banyak-banyak kerana sudi jumpa saya. Dua orang peguam yang awesome.

“Kepada masyarakat Malaysia, ketahuilah yang anda boleh saman mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Pertahankan hak anda dengan menggunakan undang-undang.

“Jika ada kes, boleh mohon Doktor merawat untuk menghubungi saya ya.

Sumber: Dr Rafidah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here