Gadis menangis teruk ketika tengok Avengers: Endgame.. Dikejarkan ke hospital

Fuh memang terlalu emosi teruk apabial tengok Avenger Endgame. Itulah yang berlaku ke atas seorang penonton, apabila jadi terlalu emosi sehingga menangis ketika menonton filem paling hangat ini.

Seorang gadis dari wilayah Zhejiang, China bernama Xiao Li, telah dikejarkan ke hospital selepas menangis di dalam pawagam ketika menonton filem Avengers: Endgame.

Gadis berkenaan merupakan pelajar di sebuah kolej dan dipercayai menangis ketika menonton filem itu dan semkain teruk apabila menonton babak akhir yang dikatakan amat sedih.

Dari satu laporan, gadis berumur 21 tahun, dipercayai menunjukkan tanda-tanda sukar bernafas selepas kejadian itu.

Seorang rakan kepada Xiao Li memberitahu, gadis berkenaan mula menangis dan kemudian telah mengalami masalah pernafasan selain tangan serta kakinya seakan lemah ketika menonton filem berkenaan.

Tidak lama selepas itu, Xiao Li semakin lemah terutama di penghujung filem tersebut dan akhirnya rakannya itu bertindak menghubungi talian kecemasan dan terus dikejarkan ke hospital.

Ketika menerima rawatan di Hospital Mingzhou Univeriti Zhejiang, Xiao Li disahkan mengalami simptom hiperventilasi.

Doktor berjaya memulihkannya semula selepas diberikan oksigen tambahan.

Ini kenyataan dari pihak doktor tentang kes itu:

“I saw that the patient had been breathing heavily, and according to the description from her peers, we thought that she her crying had caused ‘hyperventilation’. We immediately gave her oxygen and relaxed her emotions by appeasement, reducing her hyperventilation symptoms.”

Dari laporan, gadis tersebut kini sihat dan dibenarkan pulang selepas menjalani rawatan tersebut.

Ada pengkritik memberi komen bahawa jalan cerita filem ini ternyata boleh membuatkan emosi penonton kesedihan apatah lagi buat para peminat setia filem aksi ini.

Sumber: uproxx / vidmid

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here