Status perkahwinan dengan Aliff Aziz, Bella Astillah buat solat istikharah… Apa jawapannya?

Bella Astillah menyatakan dia telah buat solat istikharah tentang hal rumah tangganya. tambah penyanyi ini, ketika ini dia tak mahu terlalu memikirkan masalah berkenaan.

Kata Bella, dia kini dah buat solat istikharah dan hanya berserah kepada Tuhan untuk menentukan perjalanan kehidupannya selepas ini.

Ibu muda ini memberitahu dia masih memerlukan masa untuk menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan penyanyi dari Singapura iaitu Aliff Aziz.

Bella Astillah atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, berkata apa juga tindakan yang ingin diputuskan perlu memikirkan tentang masa depan anak mereka, iaitu Mohamad Ayden Adrean.

Ini komen Bella Astilla:

PERLUKAN MASA

“Perkara yang terjadi ini memerlukan masa. Saya tak boleh nak fikirkan diri sendiri sahaja sebab kami pun masih mempunyai anak yang masih kecil.

“Saya perlukan masa untuk menentukan ke mana arah rumah tangga kami. Saya tidak mahu anak membesar tanpa kasih sayang seorang ayah kandung.

BELUM ADA CERAI DALAM KELUARGA

“Lagipun dalam keturunan keluarga saya, belum ada lagi yang pernah melalui episod bercerai. Jadi, kalau boleh saya nak kekalkan benda tu,”

“Buat masa ini perkara itu bukan keutamaan saya dan tidak mahu fokus mengenai kemelut rumah tangga saya sebab fokus utama saya sekarang hanya pada perniagaan dan anak sahaja.

BUAT SOLAT ISTIKHARAH

“Saya dah lakukan solat istikharah dan semuanya saya berserah pada Allah untuk kehidupan saya selepas ini. Orang boleh cakap macam-macam tapi keputusan atas diri saya,”

Dalam pada itu, Bella tidak mahu terlalu fokus mengenai kemelut rumah tangannya yang dihadapi sejak Februari lalu dan hanya ingin memberi tumpuan kepada perniagaan biskut raya serta kek batik.

Ketika ini Bella memberitahu dia masih belum tinggal sebumbung namun kerap berhubung dan berjumpa suaminya.

Untuk pengetahuan, Bella Astillah dan Aliff Aziz telah berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayden yang kini berusia dua tahun.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here