Anna Jobling sedih terkilan.. netizen biadap persenda ibunya

Top 5 Dewi remaja dan juga pendatang baru dalam industri hiburan tanah air, Anna Jobling, 18 tahun, dijangka bakal meletup namanya.

Namun ada satu kisah yang membuatkan Anna Jobling berasa sedih. Anna Jobling akui amat terkilan dengan sikap segelintir para netizen yang langsung tak hormati perasaan ibunya apabila ada bertindak lantang dengan mempersenda ibu yang melahirkannya itu.

Bakat yang dicungkil menerusi pertandingan Dewi Remaja 2018/2019 itu berkata, perbuatan biadap segelintir individu itu mengguris hati dan perasaannya kerana wanita yang dipersenda itu ialah insan yang paling disayanginya.

Ini komen Anna Jobling tentang kes ini:

“Mengapa terlalu lantang mengkritik fizikal seseorang? Banyak komen yang mempersenda ibu saya dan mereka melakukannya tanpa perasaan bersalah. Bukankah kita patut menghormati semua, tidak kira siapa pun mereka?

“Saya tidak pernah mengeluarkan perkataan kesat, terutama kepada orang yang lebih tua. Tolonglah hormat ibu saya. Sebagai anak, saya akan bangkit mempertahankan ibu kerana terlalu menyayanginya.

“Kenapa dalam hidup ini kita perlu menyebarkan kebencian, sedangkan masih banyak hal positif yang boleh dilakukan?”

Anna Jobling yang merupaka seorang adis berdarah kacukan Melayu-Inggeris berkata, sesekali dia akan menegur perbuatan biadap itu kerana baginya, setiap manusia sama di mata Tuhan.

Ini komennya lagi:

“Bayangkan jika perkara ini berlaku kepada mereka? Apakah mereka juga akan berdiam diri? Sesekali, saya akan tegur secara berhemah, namun ada masanya, saya ambil pendekatan berdiam diri. Buang masa sebenarnya layan orang seperti mereka”

Sementara itu, bercerita tentang perkembangan kerjaya seninya, Anna Jobling berkata, dia kini masih menunggu tawaran untuk memulakan langkah dalam bidang lakonan.

Pernah mendapat kepercayaan sebagai pengacara, Anna mengakui, masih banyak yang perlu diperbaiki, terutama dari segi pertuturan dan gaya penyampaian.

Ini tambahnya:

“Saya sedar, penguasaan bahasa Melayu saya belum begitu baik dan saya sedang berusaha mempertingkatkannya. Insya-Allah, saya akan cuba perbaiki kerana penguasaan bahasa ibunda penting untuk terus mencari peluang dalam bidang seni”

Sumber; Bharian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here