Ini pula komen PU Amin tentang isu bentuk Bumi

Perbicaraan tentang isu bentuk muka Bumi kini panas berlegar di segenap laman media sosial. Buka Fb, cerita tentang bentuk muka Bumi, buka IG dan Twitter pun bercerita tentang perkara yang sama.

Ini semua gara-gara pemahaman bahawa bentuk muka bumi itu leper dan bukan bulat ataupun sfera.

Malah, respon balas dari angkasawan negara terhadap cabaran seorang individu bernama Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan InTeam terus jadi perbualan ramai.

Dalam pada itu, melihat perkara ini menjadi viral, Pencetus Ummah Amin (PU AMIN) tampil memberi pendapatnya.

Kata PU Amin, ulamak dan ahli bijak pandai telahpun mengkaji perkara ini, dan ternyata mereka berpendapat bahawa Bumi itu berbentuk bulat atau sfera atapun geosfera dan yang penting bukannya leper.

Ini komen PU Amin:

“Saya tak pernah ke angkasa lepas. Tapi pengalaman saya menjelajah dunia dengan Mat Dan dalam Haramain Backpackers itu ada , kami telah mengembara hampir 2/3 dunia..

“Pada mata kasar kami mungkin mungkin bumi ini agaknya bersifat hamparan ‘flat’. Mungkin mungkin adalah hipotesis yang bodoh, maka sebab itu kami berjalan jauh untuk menukar ‘Mungkin’ pada ‘Yakin’..

“Selepas kami menjejak kan kaki ke Wilayah Haran, kawasan utara turki, kami melihat kesan peninggalan utama di daerah itu. Nyata kami silap kerana melihat secara kasar dan literal..

“Para Ulama Pakar Kaji Angkasa Lepas wujud lebih awal disana. Para cendekiawan disana telah awal dulu mengkaji bentuk, saiz, jarak, kelajuan dan segala ilmu tentang bumi dan angkasa lepas. Mereka tekad dan yakin memaklumkan bahawa bumi itu ‘SFERA’..

“Pandangan dan kajian Para Ulama disokong oleh ‘Ahli Khibrah Falak’ iaitu Pakar Angkasa Lepas Moden hari ini..

“Maka mengapa perlu kita mengapi apikan lagi sesuatu yang telah jelas diterjemahkan oleh para cerdik pandai ?..

“Kesimpulan nya, untuk terus hidup dengan kebenaran maka belajar dan menjelajahlah. ‘Faham’ itu bukan hanya apa yang kita tahu, tapi apa yang diberitahu oleh yang benar benar tahu..

“Sekadar menyelit cerita, wilayah haran juga adalah lokasi Nabi Ibrahim bertemu Siti Sarah . Siti Sarah sangat cantik . Kata sejarawan kalau mahu mencari wanita benar benar cantik di dunia ini jenis Siti Sarah ia ada di Haran

Sumber: PU AMIN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here