Setepek kena sindir dengan Drama Band? Ini respon balas Haneesya Hanee

Single terbaharu kumpulan Drama Band bertajuk Drama yang dilancarkan pada Jumaat lalu memang amat padu dan penuh sindiran pedas.

Ada yang mendakwa Drama Band telah mempersendakan insiden kontroversi melibatkan beberapa selebriti tempatan dan nampaknya menimbulkan rasa kurang senang mereka yang terasa.

Sebelum bermulanya video klip berkenaan telah tertulis bahawa ceriat berkenaan adalah rekaan semata-mata dan kalau terasa mereka tak boleh nak buat apa.

Di video berkenaan, ada babak memperlihatkan vokalis utamanya iaitu Aepul berpakaian wanita siap memakai tiara sebelum berparti di sebuah kelab membuatkan ramai menyamakan insiden itu dengan isu panas pertandingan Dewi Remaja yang melibatkan pesertanya Haneesya Hanee dan juga Ernishaa.

Haneesya dalam responnya di Insta Story kecewa dengan tindakan Drama Band yang dianggap mempersendakan dirinya yang mana insiden itu telah meninggalkan kesan cukup mendalam dalam kehidupannya.

Malah katanya, penjelasan mengenai video itu bahawa ia tiada kena mengena dengan sesiapa disifatkannya sebagai tidak masuk akal kerana ia jelas cuba mengaitkan dirinya.

Ini antara respon balas Haneesya Hanee:

“Saya tertekan kerana perkara ini. Saya baru hendak sembuh dan anda buat video ini. Terima kasih.

“Tak kelakar langsung. Dah sedia nak kena kecam? Wah ingat benda ni suka-suka ke? Tak ada kena mengena dengan yang kena bahan? Wah.

“Saya harap band korang dapat la semua perhatian yang korang perlu,”

Selain Haneesya, rakannya dalam pertandingan tersebut iaitu Ernisha yang kantoi buka tduung dan berpakaian terdedah turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap muzik video itu yang jelas mempamerkan satu bentuk buli siber.

Di video berkenaan, ada juga watak yang dilihat seperti Ernishaa.

Ini komen bekas peserta Dewi Remaja itu:

“Zaman sekarang ni nak buat rating naik kena guna aib orang ke? Ini sangat menyedihkan. Saya hilang rasa hormat kepada mereka sebagai orang lama. Buli siber semakin teruk,”

Sementara itu, Drama Band dalam kenyataan di Instagram menjelaskan kisah dipaparkan dalam muzik video itu adalah rekaan semata-mata.

Mesej sama turut dimuat naik pada permulaan muzik video Drama di Youtube yang sehingga kini sudah pun mendapat puluhan ribu tontonan dan rata-rata suka dengan sindiran yang dibuat oleh Drama Band kerana mengatakan itulah realiti kehidupan artis Malaysia yang penuh drama.

Kita tunggu respon balas dari Aepul atau anggota Drama Band nanti.

Sumber; mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here