Kata nak meminang, tapi sampai sekarang tak ada… Erra Fazira tak pasti hubungannya dengan Shahir AF

Erra Fazira akui tak tahu akan hala tuju hubungannya dengan penyanyi Shahir Zawawi.

Walaupun bekas juara Akademi Fantasia itu sebelum ini pernah beberapa kali buat kenyataan ingin menghantar rombongan memimang untuk berkahwin dengan Erra tapi hal ini langsung tak berlaku.

Pelakon Sembilu ini juga memberitahu dia sendiri sudah lama tidak bertemu dengan Shahir namun masih ada berkomunikasi menerusi panggilan telefon dan mesej.

Ini pendedahan dari Erra Fazira:

“Kami tidak bergaduh pun cuma memang sudah agak lama kami tak berjumpa dan sekadar bertanya khabar menerusi telefon.

“Cuma sukar untuk saya katakan mengenai kedudukan saya sekarang… ‘Menang’ atau ‘gagal’ susah hendak saya cakap.

“Pada saya apabila dia bersuara mengenai soal perkahwinan ia sedikit sebanyak memberi impak bukan sahaja kepada diri saya tetapi orang sekeliling seperti keluarga dan teman.

“Jadi rasanya lebih baik jangan bersuara perkara yang kita sendiri tidak tahu apa pengakhirannya,”

Dalam pada itu, Erra berkata, dia enggan berfikir soal hubungan dengan Shahir sebaliknya hanya mengikut apa yang telah diaturkan oleh Allah untuknya.

Ini komen Erra Fazira lagi:

“Pada saya senang, buat apa hendak membeli ‘bahan’ apabila ‘tapak’ yang dibina pun belum kukuh.

“Hakikat yang nyata biarlah saya ikut sahaja apa telah diaturkan oleh Allah buat saya,”

Dalam perkembangan terkininya, Erra kini akan jadi juri di program Miss Lawak.

Berkata tentang penglibatannya sebagai juri profesional Miss Lawak, Erra berkata, dia teruja akhirnya terdapat sebuah program yang mengangkat semua wanita sebagai peserta.

Sungguhpun dirinya bukan seorang pelawak namun Erra tetap yakin dapat memberikan komen yang bernas dan adil buat semua peserta berdasarkan 20 tahun pengalamannya dalam industri hiburan.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here