Kisah chef selebriti didakwa curang, akhirnya isteri diceraikan

Ini perkembangan terkini tentang kemelut rumah tangga cef selebriti dan pelakon, Chef Fikree Aznan isterinya, Sharifah Zuriehan Syed Ahmad Kamal.

Kata isterinya itu, dia mendakwa dirinya sudah diceraikan oleh Chef Fikree hari ini.

Menerusi satu pengakuan yang dikongsinya di Instagram, Sharifah Zuriehan mendakwa, mereka berpisah secara baik.

Ini komennya:

“Alhamdulillah, dia sudah melepaskan saya dengan cara baik. Jadi, saya akan privasikan akaun Instagram dan padam semua entri yang tidak elok.

“Saya hanya mahu dapatkan perhatiannya dan sekarang saya sudah mendapatnya. Terima kasih atas doa dan kata sokongan mereka yang prihatin,”

Untuk makluman, pasangan itu mula berkenalan pada 2006, seterusnya bertunang pada 2014. Setahun selepas itu, mereka mendirikan rumah tangga dan dikurniakan anak lelaki, Jayden Malik, yang kini berusia dua tahun.

Cubaan pihak waratwan untuk mendapatkan kenyataan Chef Fikree tidak berjaya apabila dia tidak membalas mesej WhatsApp, walaupun sudah membacanya.

Kisah rumah tangga mereka mula diperkatakan ramai apabila Sharifah Zuriehan membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa Chef Fikree curang dengan wanita berstatus isteri orang.

Menerusi akaun @zuriehanbenyahya, Sharifah Zuriehan turut mendakwa, pelakon itu pernah berbalas mesej agak tak senonoh dengan seorang pengacara televisyen.

Chef Fikree dalam kenyataan kepada sebuah portal bagaimanapun, memilih tidak memberikan komen untuk menjaga aib isteri dan keluarga.

Diimbas kemabli, Chef Fikree mula dikenali selepas menjayakan program masakan Hello Bro Tolong Masak, selain menjadi pengacara rancangan Dapur Panas.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here