Jangan Guna Lagu “Terlalu Istimewa” Di Majlis Perkahwinan, Ini Penjelasan Adibah Noor

Selebriti popular, Adibah Noor pernah menjadi popular menerusi lagunya berjudul Terlalu Istimewa. Lagu ini ternyata berjaya disukai ramai dan mengguli carta di radio Malaysia.

Malah lagu ini amat berjaya dan pernah memenangi anugerah berprestrij iaitu Anugerah Juara Lagu pada tahun 2006. Lagu ini merupakan ciptaan oleh Azlan Abu Hassan.

Oleh kerana terlalu popular dan ada ayat Terlalu Istimewa, ada yang menggunakan lagu ini untuk majlis yang menggembirakan seperti majlis tunang dan juga majlis perkahwinan.

Dalam perkembangan terkini, Adibah Noor telah menegaskan lagu nyanyiannya, Terlalu Istimewa dicipta khas sebagai tribute untuk tragedi pembunuhan kejam Allahyarham Nurul Huda Abdul Ghani dan kanak-kanak yang senasib dengannya.

Menurut Adibah, dia tidak mahu lagu tersebut dijadikan lagu tema dalam video perkahwinan seperti yang dilakukan beberapa pihak sebelum ini. Kenyataan tersebut dimuatnaik menerusi sebuah status di akaun Twitter miliknya. Ini tulisnya:

“Makluman kepada semua, kepada yang suka dengar lagu tapi tak memahami lirik, lagu Terlalu Istimewa adalah tribute saya terhadap Allahyarham Adik Nurul Huda Abdul Ghani dan kanak-kanak yang senasib dengannya. Jadi, janganlah buat lagu untuk video perkahwinan ya”

Menerusi lagu Terlalu Istimewa, Adibah telah memenangi beberapa anugerah muzik tempatan termasuklah juara kategori balada, vokal terbaik dan pemenang keseluruhan dalam Anugerah Juara Lagu ke-21 pada tahun 2006.

Tentang adik Nurul Huda, kanak-kanak malang ini telah menjadi mangsa kekejaman dibunuh oleh individu berhampiran rumahnya. Kes Nurul Huda menjadi viral di media pada ketika itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here