“Aishah Kena Minta Maaf, Cakap Berlian Palsu” – Ini Intipati Penuh Sidang Media DS Vida

Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman (DSV) telah menuntut penyanyi yang juga bekas peserta Gegar Vaganza iaitu Aishah untuk membuat permohonan maaf kerana menggunakan perkataan ‘berlian palsu’ terhadap barang kemas yang dihadiahkan.

Kata DSV, perkataan dan tuduhan ‘berlian palsu’ itu telah memberi impak besar kepada perniagaannya dan boleh dikataakn jatuh merundum terutama kedai emas miliknya.

AISHAH KENA MINTA MAAF

“Mula-mula Aishah kena minta maaf dok royak (cakap) palsu-palsu mengenai berlian tapi saya bagi berlian sahaja ke? Tak… rantai emas putih lepas tu ‘sapphire’ dan seluruh barangan kemas itu dikatakan palsu.

“Dahlah bagi perkataan palsu, awak tahu tak impak tu habis rosak keseluruhan bisnes saya terutama kedai emas saya terjejas teruk.

“Tak pasal-pasal sebab satu perkataan itu habis rosak susu sebelanga. Jumlah kerugian sales merudum 70 peratus, merudum kedai emas saya termasuk produk-produk saya,”

NAK JUMPA AISHAH

Dalam pada itu, HDSV telah memberitahu bahawa dia mahu Aishah untuk bersemuka bagi menyelesaikan masalah yang melanda antara mereka.

“Kita jumpa dekat mana-mana. Tak kisah saya jumpa dia atau dia jumpa saya. Saya terbuka nak jumpa dia bila-bila masa, nak jumpa malam ini ke esok ke saya ok,”

Dalam pada itu, DS Vida turut menuntut Aishah agar memadam segala kenyataannya berkaitan ‘berlian palsu’ itu di media sosial.

“Buang perkataan palsu itu. Penterjemahan awak lain, penterjemahan saya lain. Saya keluar ‘pitih’ (duit), awak hanya menerima rantai itu,”

Ketiga-tiga perkara itu merupakan tiga tuntutan Vida yang difailkan terhadap Aishah menerusi peguamnya, Zailan Mohamed. Tuntutan tersebut sudah dihantar kepada peguam Aishah melalui satu surat yang dihantar pada Selasa lalu.

AKAN GANTI BARANG KEMAS LAIN

Menurut Vida, jika Aishah sanggup menunaikan tiga tuntutan tersebut, beliau bersedia memohon maaf kepada penyanyi tersebut. Malah, katanya beliau akan mempertimbangkan untuk menggantikan rantai berlian tersebut dengan barang kemas lain.

“Kita akan pertimbangkan dengan barang kemas yang sama nilai berdasarkan penilaian saya,”

“Kita dah hantar surat bertarikh 9 September, hari ini. Dia ada tempoh tujuh hari untuk jawab. Jika tak selesai juga, kita selesaikan di mahkamah”

Itulah antara isi kandungan sidang media DS Vida yang berlangsung petang tadi.

Ini video penuh nya:

((LIVE)) SIDANG MEDIA Isu berlian pemberian DSV9 October 2018 | Selasa

Posted by Sayang-Sayang DSV on Tuesday, 9 October 2018

Sumber: FB DS VIDA / mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here