Izzue Terkejut Tunku Azizah Bantu Rawatan IVF

Penyanyi dan juga pelakon kacak Izzue Islam dan pasangannya Awin sudah mendirikan rumah tangga lebih kurang enam tahun tetapi masih tidak mempunyai zuriat sendiri.

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mendambakan anak hasil dari darah daging sendiri bukan?

Terbaru apabila Izzue Islam telah mendedahkan bahawa dirinya sangat bertuah apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandarian telah berkenan menolong mereka untuk mendapatkan cahaya mata.

Semestinya berita yang didengar oleh Awin dan juga Izzue Islam merupakan berita yang amat gembira sekali dalam hidupnya. Bukan calang-calang orang yang menawarkan bantuan yang amat berharga ini.

Penyanyi kacak ini juga menyatakan bahawa dirinya sangat tekejut dengan tawaran tersebut dan dia telah pun menerima pertolongan itu semasa berjumpa dengan Tunku Azizah di belakang pentas selepas selesai pementasan teater Mak Yong pada Oktober lalu.

Komen dari Izzue Islam lagi tentang tawaran IVF dari Raja Permaisuri Agong itu :

“Saya memang terkejut dan terharu sangat apabila Tunju Azizah sendiri tawarkan nak bantu saya dan isteri untuk dapatkan zuriat”.

“Kami bertemu di belakang pentans selepas saya habis pementasan teater Mak Yong. Waktu itu memang tak cakap banyak sebab segan tak tahu nak borak apa”.

“Permaisuri ada bertanya mengenai kehidupan saya sebab baginda mengikuti perkembangan saya. Baginda ada kata kalau perlukan pertolongan, beritahu saja,”

Namun, jelas  Izzue lagi dia ada masa terluang lagi untuk berjumpa dengan Tunku Azizah bagi berbincang secara lebih mendalam  mengenai rawatan IVF tersebut kerana kesibukan jadual kerja yang padat. Dia turut merancang untuk pergi mengadap Raja Permaisuri Agong pada awal tahun 2020.

Semoga impian dan cita-cita Izue Islam dan Awin untuk menimang cahaya mata akan termakbul hendaknya . Amin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here