UAI Kemalangan, Patah Tangan Dan Hidung

Sebut sahaja nama Ustaz Azhar Idrus pasti semua kenal dengan penceramah agama ini atau lebih mesra dipangil UAI. Beliau dikatakan mengalami kemalangan apabila terjatuh semasa menaiki basikal pada petang isnin lalu.

Akibat kemalangan tersebut, UAI telah mengalami patah tangan kiri serta hidung. Menurut sumber, Ustaz Azhar Idrus telah menyertai program kayuhan santai semasa bersantai di Kuala Terengganu.

UAI telah dikerjarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebagi sahaja dia terjatuh daripada basikal dan telah menerima rawatan perubatan selanjutnya.

Menurut Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Mohd Jusoh semasa dihubungi oleh Sinar Harian telah mengesahkan Ustaz  Azhar Idrus telah dimasukkan ke HSNZ kerana kemalangan berbasikal.

Komen dari Dr Mohd Jusoh selaku Pengarah Kesihatan Terengganu lagi :

“Saya difahamkan beliau terjatuh dari basikal. Beliau cedera ringan di muka, tangan dan kini dirawat di HSNZ,”

Berikutan insiden yang tidak diingini itu, semua program ceramah agama telah ditangguhkan buat sementara waktu sehingga keadaan Ustaz  Azhar baik dengan sepenuhnya.

Berita tentang penangguhan semua ceramah agama itu telah diumumkan di laman rasmi Facebook beliau melalui admin:

“Berikutan sedikit kemalangan yang menimpa Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus ketika melakukan kayuhan basikal petang tadi adalah dimaklumkan semua kuliah ditangguhkan sementara waktu sehingga diberitahu kelak”.

“Beliau mengalami sedikit kecederaan dan memerlukan rehat untuk sementara waktu,”

“Salam semua, mohon doakan kesembuhan dan kesihatan untuk murobbi ummah, Ustaz Azhar Idrus yg kini berada di hospital Terengganu kerana accident ketika mengayuh basikal petang tadi”.

“Mohon share kan pada ikhwah lain juga. Mohon juga jangan ganggu beliau buat masa ni. Marilah kita tembak doa dari jauh bersama-sama,”demikian menurut mesej yang disertai dengan tanda pagar #Pray4UAI

Semoga Ustaz Azhar Idrus kembali sihat seperti sediakala dan dapat menyampaikan ceramah agama kepada kita semua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here