Ini respon Noryn Aziz tentang komen Kak Ogy

Juara Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Noryn Aziz telah ditanya tentang komen yang ditulis oleh Kak Ogy ketika di konsert semi final.

Noryn Aziz sebenarnya tak mengambil hati dengan komen yang dilemparkan oleh pelakon  Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Kak Ogy.

Sebenarnya Noryn Aziz juga ada mendedahkan dia ada berhubung dengan Kak Ogy dan mendapatkan tips daripada pelakon berkenaan.

Ini komen Noryn Aziz:

“Sejujurnya, saya tak ambil hati langsung dengan komen Kak Ogy. Saya tak terasa pun.

“Saya pernah belajar dengan Kak Ogy dan saya tahu dia seorang individu yang sangat mengambil berat mengenai persembahan.

“Saya hormati dia kerana dia primadona kita semua. Persembahan dan lakonan Kak Ogy sendiri, siapa yang boleh sangkal? She is the only one”

“Bukannya saya cakap dia boleh cakap apa-apa, tetapi saya menghormati pendapat dia dan sebenarnya, kami ada berhubung.

“Dia banyak memberikan saya tips dan bekalan, bagaimana saya mahu mempersembahkan sesebuah lagu. Bukan sekadar menyanyi, tetapi perlu ada jiwa, perlu ada karakter.

“Ketika dia memberikan komen kepada saya sewaktu minggu separuh akhir pun, kami ada berhubung dan masing-masing tergelak sahaja.

“Antara kami memang tiada apa-apa masalah dan saya tak mahu membesarkan perkara ini. Saya hanya mahu memberikan tumpuan kepada GV5 sahaja. Saya sangat menghormati Kak Ogy”

Noryn Aziz menjadi juara dengan menewaskan lima peserta lain.

Penyanyi ini mempersembahkan lagu Laskar Cinta ketika segmen duet bersama Awi Rafael dan kemudian menyanyikan lagu rap Where is The Love bersama Dia Fadila di segmen battle.

Noryn berjaya merangkul wang tunai RM100,000 tajaan Astro, penginapan di Royale Chulan Hotel and Resort dan piala Gegar Vaganza.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here